Biras Cie cakap pergi IOI City Mall Putrajaya mesti ramai orang kalau cuti panjang ni. Katanya Alamanda tak ramai orang dan dah ok dah sekarang ni meriah jugak la dah. Cie decide nak pergi IOI City Mall jela banyak sikit choice untuk shopping. Ramai orang takpela kita redah je.
Singgah IOI City Mall Putrajaya
Dah alang-alang kat Putrajaya kan so singgah la IOI Mall Putrajaya dulu untuk window shopping je hajatnya dan nak jalan-jalan je. Memang ramai jugak orang tapi mujur la dapat jugak parking yang dekat dengan escalators nak ke mall tu.
Masuk la kedai mana-mana dan tengok-tengok harga. Mana yang ok kita rembat jela terus. Memang kalau dah tengok tu dan harga ok takdela nak tengok je kan. Ada jugak masuk tengok, harga dah ok cuma rasa tak perlu so kita skip. Hanya 2 outlet jela kita singgah dan beli. Yang lain tu takpela maybe next time pulak.
Padini Concept Store
Mana-mana mall kita pergi memang singgah Padini ni. Dari dulu memang suka brand Padini cuma sejak 2 menjak ni dah tak banyak pilihan yang menarik hati. Padini IOI Mall Putrajaya ni banyak jugak pilihan. Maka terbeli la untuk Cie dan anak-anak. Kami beli:
- Long sleeve blouse untuk Cie sehelai RM49.
- Long sleeve tee untuk anak-anak RM23 sehelai.
Total semua sekali kat Padini ni RM95.30. Paper bag RM0.30. Selalu la lupa bawak shopping bag. Jadinya bayar la 30 sen tu.
Marrybrown
Cie ajak anak-anak tengok orang main ice skating sekali nampak ada stall Marrybrown jual ice cream. Kami pun apa lagi singgah la kejap nak berehat setelah penat berjalan baru dapat baju kat Padini je.
Mula sampai tu nampak ice cream Ilaollao. Adik Rania dah request nak sebelum balik nanti. Ibu kata ok jela nanti sebelum balik lalu situ boleh la beli. Bila dah nampak ice cream Marrybrown tu tak jadi la Ilaollao tu.
Beli la ice cream Marrybrown untuk anak-anak mix cone (chocolate dan vanilla) dan untuk ibu babah share je sundae chocolate. Ice cream dia buat macam Mcd cuma rasa ice cream nya lagi sedap Mcd. Lama dah tak masuk Mcd.
Kami duduk kat kerusi dan meja yang disediakan. Ada la kosong depan orang main ice skating tu. Dah siap makan ice cream kami terus bergerak ke last outlet sebelum nak keluar dari mall.
Brands Outlet
Last outlet sebelum balik. Pusing-pusing kat dalam jumpa la blouse untuk Cie dan anak-anak sehelai RM49.90 dan total semua untuk 3 orang RM149.70. Faiz pun beli jugak sehelai Tshirt RM59.90. Warna hitam lagi. Kita ni beli baju macam-macam warna taknak bagi sama warna. Eh dia tiap kali beli la hitam. Mudah betul orang lelaki kan.
Keluar dari IOI Mall Selepas Siap Shopping
Malas dah nak berjalan. Masing-masing pun dah kepenatan. Dah terbayang katil hotel yang empuk tu. Kami pun terus keluar dari IOI Mall jam 6 petang. Masuk IOI Mall 3.30 petang. Lama jugak dalam tu asalnya nak window shopping je. Terbeli jugak la sesuatu.
Muka ada senyum selepas dah shopping
Kiranya berbaloi la penat berjalan. Takdela pulang dengan tangan kosong. Tangan tak kosong tapi poket yang kosong dah. Hahaha.
Tak banyak pun shopping tapi ada la juga. Hihi
33 Ulasan
Suka masuk Padini jugak.
BalasPadamGeng la kita.
PadamHappy nice day for you all..semoga ceria selalu.
BalasPadamTerima kasih.
PadamWahhh..Best ni..Sy dh lama x pegi IOI Mall Putrajaya tu...Actually agak jauh jgk dari rumah.. =)
BalasPadamCie pun baru beberapa kali ke situ.
PadamIOI City Mall Putrajaya ni banyak pilihan sikit kan. Banyak jugak aktiviti selain shopping dan makan. Banyak juga hasil shopping tu Cie.
BalasPadamAah banyak pilihan. Ni pun sikit je rasanya 😆
Padamioi mall putrajaya ni dh makin besar...br 3x smp tu pun tk sempat round abis...sbb lokasi jauh dr umah nk ke sini
BalasPadamLuas sangat jenuh nak ingat tempat parking.
PadamSedap ye aiskrim MB? Okay nak try :)
BalasPadamPoket kosong tapi tangan berisi takpe kot hehe
Bagi Cie tak berapa sedap compare dengan aiskrim mcd. Tapi boleh la buat sejukkan tekak.
Padam3 hari lepas ni memang kat mana-mana pun ramai orang kan, bercuti sakan masing-masing sempena cuti panjang dan cuti sekolah :)
BalasPadamLong weekend bertembung dengan cuti sekolah.
Padamputrajaya pernah sampai tapi belum pernah singgah lagi..
BalasPadamTry la singgah sana banyak tempat best.
PadamBila dah berkenan, harga pun okay, baiklah beli ja.. Kalau tak nanti teringat-ingat..
BalasPadamSha tak pernah cuba lagi aiskrim marrybrown.. boleh cuba nanti..
Ye nanti nyesal baik beli. Cie 1st time cuba bagi Cie tak sedap sangat tapi boleh la.
PadamMasuk situ tak nampak jalan nak balik sebab besar sangat.
BalasPadamYe kena ingat tempat parking risau tak jumpa 😅
Padammall favourite saya ni!
BalasPadamselamat duit ibu daripada kena paw Ilaollao, hehe. aiskrim marrybrown pun best jugak
Tu la murah banyak harga aiskrim MB tu 😆
PadamSeronoknya jalan-jalan sambil shopping.
BalasPadamAlhamdulillah cuti sek dapat bawak anak jalan2.
PadamDah masuk mall besar rugilah keluar tangan kosong😃
BalasPadamTak berbaloi penat berjalan kalau takde beli apa2 kan.
PadamMusim cuti begini memang kebanyakan mall penuh. Take, poket kosong boleh isi lagi.
BalasPadamYe penuh orang berjalan2 sempena cuti panjang.
PadamAiiiih tak sabar kesiniiiii November 😍😍😍. Soalnya hotel saya menginap di Putrajaya sebelahan dengan IOI, di Moxy. 😁 Memang sengaja nak stay di sana supaya bisa ke mall dekat, jalan kaki saja 😁
BalasPadamPadini ini juga brand fav saya. Tiap ke Malaysia , dan mampir padini pasti adaa saja yg dibeli. Yg saya suka, karena bajunya awet sangat. Saya pernah punya baju padini, knitting, beli saat saya masih kuliah dj Penang, sampai saya nikah, masih bagus, dan warna tidak pudar 👍👍👍. Cuma akhirnya saya kasih ke orang , sebab bosan juga 😂😂. Tak rusak2 , dan warna tetap bagus
Nanti jalan2 la dalam tu Padini dia besar. Betul Cie pun banyak baju padini bagi orang sebab dah bosan pakai kan. Baju elok lagi walaupun dah lama pakai.
Padamdah lama x masuk padini sejak dah semakin gemuks ni.. hahaha.. cepat2 la kuyus balik.. ^^
BalasPadamPadini tak best jugak dah sekarang ni susah nak jumpa yang berkenan di hati.
PadamIOI mall ni best sbb besar sgt! letih if nak cover ronda semua kedai
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.