Makan Malam: Iqan Bakar Cheras

Malam tadi kami plan nak makan luar je. Mulanya konon nak naik MRT je berhampiran hotel. Lepas tu pergi la mana-mana mall ke apa. Tapi semuanya malas nak explore the adventure. Nak naik kereta je semua. 

Cie baru nak mengimbau kisah zaman muda berjalan sana sini area KL ni. Dari zaman belajar kat JB dulu akan singgah KL kalau naik bas dari Pasir Gudang ke KL sebelum balik Pahang. Masa kerja pun pernah la duduk area KL.

Back to cerita makan malam tadi. Tanya chatgpt dia just suggest yang terdekat dengan hotel. Hanya ada bistro kedai mamak je. Lepas tu tanya lagi yang lain entah kedai masakan cina la, masakan india la. Kadang-kadang chatgpt ni merepek juga. Akhirnya google jela mudah keluar semua apa yang kita nak.

Google yang mula-mula kedai makan near me tu keluar la Iqan Bakar Cheras. Tengok dari hotel dalam 4.7km je. Faiz kata boleh jela. Kami pun ke situ. 


Penulis makan di iqan bakar cheras



Lokasi dan Waktu Operasi Iqan Bakar Cheras

Sampai je kedai kami nampak ramai orang. Mesti famous kedai ni. Kedainya di tepi jalan je berhampiran dengan Hotel Smile. Boleh google je lokasi nanti maps atau waze akan bawak la ke situ.

Waktu operasinya bermula 12 tengahari hingga 12 malam.  Kami sampai di kedai sekitar jam 8 lebih. Hanya ada beberapa saja lagi meja kosong. Bila sampai je pelayan tanya berapa orang. So dia akan tunjuk la meja mana.


Sistem Pesanan Makanan dan Minuman

Cara pesanan makanan dan minuman kat Iqan Bakar Cheras tu perlu dibuat di kaunter. Boleh pilih terus makanan laut dan cara masak. Cashier akan tanya semua kat kita, kita buat order dan dia akan bagi nombor meja. Kita duduk je terus kat meja mana-mana nanti pelayan mereka akan hantar pesanan kita.


Pilihan seafood untuk dibakar atau dimasak

Menu dan harga yang dipamerkan di Iqan Bakar Cheras

Senarai pilihan jenis masakan yang boleh dimasak

Senarai sambal yang boleh dipilih untuk menu ikan bakar


Cie salute la kat cashier tu. Mungkin owner kedai kot. Dia bercakap non stop menerangkan kepada setiap pelanggan. Sebelum pelanggan tanya dia dah explain everything. Meja kami pulak berdepan je dengan kaunter memang boleh dengar la cara dia treat pelanggan dengan penuh keikhlasan menerangkan tentang menu yang mereka ada. 

Pertama kali juga order masakan panas di kaunter. Selalunya pelayan datang ke meja ambil pesanan. Kat situ dari pilih makanan laut, cara masak, pilihan menu lain dan air semua buat di kaunter.


Pilihan Menu & Servis

Walaupun specialty kedai ni ikan bakar, kami tak pilih ikan bakar. Sebaliknya kami ambil menu lain. Antara pesanan menu kami:

  • Teh o ais 2 untuk kakak Raisha dan adik Rania.
  • Tembikai ais untuk Cie.
  • Faiz ambil air kosong yang disediakan. Rasanya air Coway kot. Air tu free je. 
  • Nasi putih 3 pinggan
  • Ikan siakap steam lemon
  • Sotong celup tepung
  • Telur dadar
  • Kailan sos tiram

Air tembikai agak manis. Kena tambah sikit air kosong. Teh o aisnya ok kot untuk anak-anak takde pulak mereka komen apa-apa.


Teh o ais di dalam cup

Air tembikai ais di dalam cup


Ada je menu lain kat situ. Boleh pilih ikut selera kita. Ikan bakar pun ada pelbagai jenis sambal. Pilih la ikut citarasa masing-masing dan nanti mereka akan sediakan mengikut pesanan.

Sup kosong disediakan percuma dan boleh ambil sendiri di tepi kaunter pesanan makanan.

Oleh kerana terlalu ramai pelanggan, mungkin makanan akan lewat sikit sampai. Jadi bersabar la korang ye kalau nak makan kat situ. 


Sotong celup tepung dihidangkan bersama sos thai

Siakap steam lemon yang dihidangkan

Kailan sos tiram dihidangkan

Telur dadar yang dihidangkan di dalam pinggan


Kami siap order dalam pukul 8.45 malam. Air sampai 8.51 malam. Sotong celup tepung sampai 9.02 malam. Menu lain sampai lewat sikit 9.26 malam. Cie tengok time kat gambar-gambar yang Cie ambil. 


Suasana Kedai

Bagi Cie suasana kedai ok jela ada pengudaraan. Kedai tiada dinding. Macam open space la cuma berbumbung. Cuma tu la ada masa terbau longkang busuk sikit. Tapi diselangi bau makanan yang di masak. Campuran bau la kiranya. 


Rasa dan Harga Makanan

Rasa bagi Cie ok la boleh bagi 4/5 kot. Sebabnya ikan steam lemon tu macam tawar sikit bagi Cie. Lepas tu tak pedas. Tak sure memang style steam lemon kat situ jenis tak pedas kot. Ada je cili potong dalam tu. So kena makan dengan cili dalam kuah ikan steam tu baru la ada pedas-pedas sikit. Cuma Cie suka sebab meriah dengan carrot, timun, tomato. Cie suka la sayuran.

Telur dadar biasa je ada bawang je dalam tu. Cukup rasa la telur dadarnya cuma tak garing. Kailan sos tiram sedap jugak. Sotong celup tepung taktau sebab Cie tak makan. Nampak macam sedap.

Dari segi harga pulak total kami makan tu RM123.30. Bagi Cie macam pricey. Tapi entahla kos makanan sebenar macam mana. Bab harga ni susah juga nak komen. Tengah bandar dengan tempat yang memang ada seafood lain sikit la harganya. 


Resit harga makanan di Iqan Bakar Cheras



Cara Bayaran dan Google Review

Bayaran dibuat selepas makan. Pergi kaunter sebutkan nombor meja. Bayaran cash atau QR. Semasa buat pembayaran dia minta kami review kat Google dan dia akan bagi hadiah. Ingatkan hadiah apa rupanya jelly kelapa. Boleh jela rezeki jugak dapat jelly kelapa.


Google review dapat hadiah

Jelly kelapa yang dihadiahkan sempena google review



Tempat Makan Menarik Di Cheras

Kalau korang berada berdekatan Cheras atau di Cheras mungkin boleh la cuba makan di Iqan Bakar Cheras. Nanti next time mungkin boleh cuba ikan bakar pulak yang disediakan dengan pelbagai jenis sambal. 

Kami balik ke hotel dengan perut yang agak kekenyangan. Tak larat nak ke mana dah. Terus balik hotel beristirehat setelah kepenatan seharian di luar. 


Catat Ulasan

34 Ulasan

  1. Dekat bandar, memang gitu lah kot harga nya

    BalasPadam
  2. Kena review kat situ jugalah kan untuk dapatkan jeli kelapa tu.

    BalasPadam
  3. Tiba-tiba ada bau longkang. Alamak......boleh bayangkan bau macam mana. Nama kedainya juga catchy sebab Ikan jadi Iqan. Nampak pula sotong tepung tu ishhhh lama la tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila angin tiup tu berbau la longkang, diselang seli bau ikan bakar.

      Padam
  4. Wahh..Sy suka sotong celup tepung mcm tu..Bleh try gi ni nnt =)

    BalasPadam
  5. super sakali
    Cara pesannya sedikit unik ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye unik dari kedai lain biasa ambil order kat meja.

      Padam
  6. Stansard KL ankot Cie harga makanan kat situ...

    BalasPadam
  7. Saya ingatkan salah eja. Rupanya memang Iqan. 😅

    BalasPadam
  8. Harga gitu standard la dekat KL ni Cie...
    Tak pernah sampai kedai ni. Tapi unik nama kedainya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye bukan tempat seafood memang mahai sikit la harganya.

      Padam
  9. Pilihan makanan yang seimbang, ada sayur, ikan dan telur..alhamdulillah

    BalasPadam
  10. Itu yang malas tanya ChatGPT. Kadang mengarut dan kurang yakin dengan jawapannya. kalau ajak borak seronok jugalah. hihi...
    Jenuhlah nak terangkan satu-satu pada pelanggan. Tapi kalau dia okay, okay lah kan.
    Kalau dia bagitahu awal lambat semua tu okaylah, bolehlah lagi menunggu dengan sabar. setuju juga harga tu agak pricey. Tapi nak expect apa harga di KL ni kan. Tak ada yang murah. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye chatgpt kekadang je membantu. Google jela banyak membantu kalau nak cari apa2. Aah tengah KL memang gitulah harganya kalau makan seafood.

      Padam
  11. Kalau soal harga, saya maklum mahal sebab bukan kawasan pesisir, masuk area KL pula. Yg penting rasanya. Tapi sayang juga kalau steam fish nya agak tawar menurut kakak ya.

    Saya lagi susun beberapa tempat makan yg saya nak coba di kawasan KL dan Putrajaya. Pas kesana mau eksplor kuliner 😄.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan sihat la tak masin 😁. Ye bab harga takpela mungkin kos seafood di KL mahal kan.

      Padam
  12. alamak, putus selera tetiba terbau longkang pulakk. sotong celup tepung tu nampak sedaplah dan besar jugak saiznya.
    besatnya kedai seafood yg kita boleh pilih sendiri haiwan2 tu sebelum dimasak. style macam kat filipina market sabah pulak.

    utk harganya agak mahal jugakla.. sebab tgok resit tu mcm tak order banyak sangat pun huhu. nak buat camne kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selang seli bau longkang tu. Kejap2 bau ikan bakar. Tengah KL mungkin susah nak dapat seafood.

      Padam
  13. Telur dadar tu sebagai pelengkap lauk pauk. Sedap tu makan panas-panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kalau makan kat kedai memang tak tinggal telur dadar.

      Padam
  14. Kalau bab harga ini agak susah nak cakap mahal ke murah.. Mungkin okay-okay kot sebab tempatnya.. Owh, stim lemon dia tak pedas ye.. Selalu pedas kan.. Okaylah meriah dengan sayur.. Baru syok nak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sebab kos berbeza kan. Kalau sedap ok je worth it. Tu la pernah makan di Kuantan ikan steam limau pedas betul.

      Padam
  15. Salam... Terima Kasih atas Blog yang ditulis ni... Terharu saya... Stim lemon tu boleh je request kami nak masak pedas puan kami akan buatkan pedas. Cuma standard kami x pedas untuk beri ruang pada keluarga dengan anak... Kami pernah dapat aduan makanan kami pedas sangat x sesuai untuk anak2 awal2 dulu lah tu yang kami dah ubah sedikit tahap kepedasan kami... Tapi boleh request je nak pedas kami boleh buatkan... Bab bau longkang tu maaf sangat2 sebab sekarang ni musim hujan sikit tu yang mungkin ada selingan bau... Tapi puan baru2 ni kami dah buat pembersaihan longkang dan kedai... InsyAllah kami dah selesaikan masalah ni puan... Terima kasih dan jemput datang lagi ya...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.