Petang Jumaat jam 7 kami sampai di Sri Manja Hotel dan check in. Maksu dah siap-siap book dan bagi list nombor bilik untuk semua anak-anak saudara. So Faiz just ke reception bagitau nama. Masuk bilik dan terus bersiap untuk Family Dinner di Horizon Garden Restaurant.
Cie dah kali kedua menginap di Sri Manja. Kali pertama dulu tahun 2015 masa tu attend program anjuran Shaklee. Tengok semula album kat Facebook. Masa anak-anak masih kecil. Kali ni datang tahun 2025 dah 10 tahun berlalu. Lupa dah pengalaman yang lepas sebab takde share kat blog.
Oleh kerana last minute booking so semua bilik dah banyak takde. Yang ada cuma Superior Queen Room je. Dapat la katil queen. Mujur masa Maksu bagi list nombor bilik tu Cie terus search jenis bilik. Terus siap-siap bawak toto dari rumah. Malas la nak susahkan Maksu nak request extra bed pulak. Bawak jela toto untuk tidur semalaman je pun. Faiz la tidur atas toto.
Masa dinner hari Jumaat tu Maksu cakap dah last bilik tu untuk kami. Hotel kat situ full sebabnya ada event Hari ATM kat Kuantan. Masa kami sampai tu tengok banyak kenderaan tentera dan bas tentera. Faiz borak dengan staf hotel katanya tentera tu semua sekali 200 lebih bilik untuk mereka. Memang full house la.
Tak sure harga berapa untuk 1 malam. Total semua sekali bilik Maksu book 12 bilik. Ada yang 2 malam, ada yang 1 malam. Banyak Pakcu dan Maksu sponsor semua sekali.
Lokasi Sri Manja Hotel Kuantan
Sri Manja Hotel Kuantan terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses iaitu di Bandar Indera Mahkota Kuantan. Hotel ini sesuai untuk penginapan singkat sama ada untuk urusan keluarga, percutian mahupun menghadiri majlis di sekitar Kuantan. Dengan kedudukan berhampiran bandar, ia memudahkan tetamu bergerak ke destinasi sekitar.
Suasana & Reka Bentuk Hotel
Suasana hotel ini ringkas tetapi selesa. Reka bentuknya menampilkan konsep moden dengan sentuhan santai.
Jenis Bilik & Kemudahan Disediakan
Bilik yang kami duduk dilengkapi dengan katil queen serta pemandangan jalan. Antara kemudahan asas yang tersedia ialah:
- Wi-Fi percuma tapi tak boleh pakai pun slow sangat.
- Penyaman udara yang macam kat rumah tu jenis split unit.
- Televisyen dengan pelbagai siaran.
- Air botol percuma 2 botol.
- Indocafe 3 in 1 2 sachets.
- Kemudahan bilik iron disediakan dengan 3 iron dilengkapi sofa dan kipas.
- Almari pakaian jenis open wardrobe berserta hanger.
Kemudahan Lain di Hotel
Selain bilik, hotel ini turut menyediakan kemudahan tambahan seperti kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, restoran dengan pilihan menu yang menarik, serta ruang parkir percuma untuk tetamu. Semua kemudahan ini menjadikan hotel lebih mesra keluarga.
Pengalaman Menginap 1 Malam
Masuk je ke bilik Cie tengok luas la jugak so muat la nak bentang toto. Tuala tak disediakan. Faiz call receptionist mintak towel baru la dihantar ke bilik. Borak dengan anak-anak saudara Faiz, mereka sebaris bilik kami jugak. Mereka pun takde towel jugak. Agaknya bilik jenis tu memang takde towel. Kalau nak kena call. Kalau nak mintak extra dari 2 helai tu baru kena bayar. Cie dan anak-anak memang bawak towel sendiri. Tak suka pakai towel hotel.
Ada ditampal senarai harga kalau nak minta extra apa-apa yang disenaraikan. Memang polisi mereka begitulah.
Kemudahan toiletries pun takde. Yang ada shower gel dan shampoo je diletakkan pada dinding. Berus gigi apa semua tak disediakan. Mini fridge pun takde. Plug banyak jugak so cukup la untuk kami charge handphone dan power bank.
Iron dan iron board takde dalam bilik. Cuma ada bilik iron di setiap level. Asalnya bilik penginapan juga tu tapi dijadikan bilik iron. Ada 3 iron dan 3 iron board. 2 iron tu wayar dan terkeluar. Takut nak guna. Cie guna yang elok sikit tu. Selesa nak iron tu ada kipas dan sofa.
Bilik tu sekali breakfast tapi kami tak turun pun untuk breakfast sebabnya nak cari makan luar je. Nanti Cie cerita kat entri yang lain kami bersarapan di mana.
Semoga murah rezeki Pakcu dan Maksu sponsor semua sekali tempat penginapan. Adik beradik Faiz sorang je takde abangnya yang di Putrajaya tu tak dapat hadir. Dapat berkumpul kejap pun dan meriah. Bila time ada kenduri camni la dapat berkumpul semua.
15 Ulasan
Alhamdulillah rezeki orang sponsor.
BalasPadamBagusnya, Cie terfikir pula bawa toto.
Ye kak Amie senang bawak je toto letak dalam luggage.
Padamsemoga murah rezeki pakcu dan makcu sponsor hotel.
BalasPadampelik betul duduk hotel, tapi tak disediakan towel. kalau nak, kena bayar pulak..
nasib baik bawa toto sendiri, kalau tak kena tambah pula utk extra bed
Towel disediakan 2 helai tapi kena call nak mintak. Kalau nak extra lagi baru bayar. Kami selalunya bawak towel sendiri je 3 beranak. Memang tak suka pakai towel hotel.
PadamSkrg byk hotel guna shower & shampoo lekat dkt dinding mcm tu kan..mgkn nk cut kos kot...But ok la...Sbb sy kdg2 bwk shower sndiri =D
BalasPadamAah betul ada shower gel sendiri. Kalau disediakan loose tu kutip la bawak balik.
PadamMZ pernah tidur sini satu mlm ie zmn2 zharfan study kat CFS gambang tu. overall ok jer sbb rate ok, cuma masa MZ dok tu, poolnya kotor/tak properly maintained
BalasPadamTak sempat nak menjengah pool nya.
PadamPernah attend wedding anak kawan di sini. Kuantan memang padat weekend ni.
BalasPadamMemang dia selalu ambil event wedding kot kat situ.
PadamBiasa kalau tidur bawah memang si ayah lah😅... mengalah.
BalasPadamBesarlah hotel tu bila tengok bilangan biliknya.
Anak gegirls belaka jadinya ibu la tidur atas katil 😁. Babah kena mengalah.
PadamNampak luas bilik hotel tu. Oo towel kalau lebih dari 2 helai hotel caj ye? Mungkin dieorang takut towel dieorang hilang tetamu bawak balik rumah kot.
BalasPadamUnik namanya yaaa, Sri Manja ☺️.. oh jadi kalau nak towel, harus call, yg awal2 masih free. Tp kalo nak ekstra harus bayar ya kak. Jadi ingat duluuuu saat tune hotel masih menjadi hotel budget. Segala facility bayar 😁.
BalasPadamTapi bagus juga hotel ini ada bilik iron. Biasanya saya pernah lihat iron board disediakan tiap lantai, tapi letak di lorong. Bukan dalam bilik. Bagus lah yg ini
Eh btw, lupa pula saya, toto itu apa ya kak? Kasur lipat atau sleeping bag kah?
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.