Menu Lunch 8 November 2025

Pukul 10 tadi keluar beli barang dapur. Lepas siap beli barang dapur singgah kedai Eco la, singgah 7E Cafe la. Sudahnya sampai rumah dah 11.45 pagi. Dalam jadual kena hantar nasi kat adik Rania 12 tengahari ustazah suruh hantar. Takpela lambat sikit biasa anak-anak rehat 1 petang.

Masuk je rumah terus la tukar baju dan masuk dapur. Proses udang buang hujung kepalanya dan belah belakang untuk buang yang hitam tu. Lepas tu bersihkan. Kakak Raisha masak nasi. Cie settlekan udang nak buat masak lemak je.

Tak sempat dah tumbuk cili bagai. Cie titik je cili padi tu masuk sekali dalam kuah lemak tu. Sekejap je masak udang tu cuma nak tunggu nasi masak je. Sambil tunggu nasi masak Cie potong mangga letak dalam bekas, letak asamboi sikit.

Bekal lunch adik rania

Nasi siap masak terus letak dalam bekas dan babahnya hantar ke sekolah KAFA. 12.18 tengahari siap masak. Dekat je tak sampai seminit jalan kaki. Tu yang tak kesah je lambat pun. Lagipun mereka masih belajar lagi 12 tengahari tu belum keluar kelas. Boleh dengar dari rumah. Ustazah saja je kot letak suruh hantar 12 tengahari.

Kem KAFA hari ni sampai 9 malam. Tu yang kena hantar nasi. Ustazah KAFA sekolah adik Rania ni memang all out betul buat kelas. Yuran bulanan RM110. Minggu ni hari Sabtu kelas sampai 9 malam. Isnin sampai Rabu pun ada kelas tambahan malam selain dari kelas KAFA 2.30 hingga 5.30 tu.

Last minggu depan sebelum exam UPKK ada lagi kelas weekend Sabtu sampai 5.30 petang dan Ahad sampai 12 tengahari. Begitulah komited Ustazah nak melihat kejayaan anak-anak murid. Kita pulak yang risau tengok non stop kelas tambahan. Semoga berjaya la semuanya.

Lepas dah siap masak lemak udang tu, Cie mula masak menu lain pulak. Adik Rania tak makan sangat sayur jadinya bagi dia bekal masak lemak udang jela. Cie masak telur dadar dan bayam goreng. Cukup la menu lunch hari ni. 

Menu lunch hari ini

Malas nak membeli bungkus takde idea jugak dah nak bungkus makanan apa. Masak jela apa yang terlintas kat fikiran. Masak simple macam ni pun dah cukup.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Semoga berkat ilmu yang ustazah curahkan.

    BalasPadam
  2. rajin cie snap2 gmbr heheeh MZ lunch hari ni versi lauk tapau (MZ masak nasi dan goreng telur dadar ajer), so tak delah kerajinan nak snap2 pic!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.