Masa keluar dari bandar Kuantan nak menghala ke Gambang tu Faiz tengok maps katanya ada jalan tutup dan jem. Hari terakhir untuk sambutan Hari ATM. Masa kami kat area mana entah tiba-tiba dengar bunyi siren motor polis dan dia terus tahan lalu lintas. Rupanya Sultan Pahang lalu.
Faiz search la jalan dalam untuk ke Jaya Gading. Jumpa la jalan tu masuk kampung, masuk taman. Yang Cie ingat ada lalu Kampung Seri Damai sebelum keluar ke Jaya Gading tempat jual keropok tu. Lebih kurang 20 minit je.
Sampai di Jaya Gading Faiz ada borak dengan orang yang berhenti kat situ. Katanya dia lalu ikut jem tu sejam lebih. Mujur la Faiz bijak sikit dia cari short cut dapat la 20 minit je.
Kedai Keropok Jaya Gading
Selalunya kalau ke Kuantan memang Cie singgah di Jaya Gading untuk beli keropok. Kat situ ada banyak gerai yang jual keropok kering dan keropok lekor. Selain tu ada juga makanan lain juga. Cie target beli keropok je so takdela beli lain.
Faiz bagi RM50. Cie dan anak-anak je turun. Cie masuk 1 kedai makcik tu takde orang pun. Cie beli 2 bungkus keropok ikan tamban. Sebungkus RM18. Lepas tu kakak Raisha nak keropok perisa tomyam tu pun RM18. Kalau ikut total semua RM54. Tapi makcik tu bagi RM50 je dan bagi free sepeket keropok. Dah la bagi diskaun dan bagi keropok pulak tu. Semoga murah rezeki makcik.
Nanti kalau korang ke Kuantan support makcik tu ye. Ni Cie share nama kedainya.
Kopi Saigon Jaya Gading
Kat Jaya Gading ada Kopi Saigon. Memang kena singgah la nak beli frappe. Petang panas terik sedap dapat pekena frappe. Cie beli butterscoth frappe dan anak-anak nak corndog. Tak kenyang memasing padahal baru lepas lunch. Buat bekalan dalam kereta.
Bertolak Pulang Ke Kuala Lipis
Habis dah kenduri dan cuti-cuti di Kuantan. Balik ke pangkal jalan dah. 22 September dah sekolah dan kerja. Tu yang nak balik cepat-cepat boleh berehat lama sikit.
1.39 petang di Tol Gambang dan sampai di Tol Temerloh 2.24 petang. Kali ni Faiz ikut Temerloh - Jerantut - Lipis pulak. Sampai di masjid Jerantut 3 petang. Singgah solat dulu sebelum meneruskan perjalanan.
Jalan dari Jerantut ke Lipis memang berbukit bukau sikit. Tu Faiz tak suka sangat ikut situ. Banyak juga kereta lalu situ tapi tak jem.
Selamat sampai Lipis 4.20 petang. Singgah BS beli lauk dan sayur. Sampai rumah 5 petang. Penat perjalanan jauh. Balik je terus settle cuci baju 2 round kena basuh baju banyak. Basuh je kat rumah, lepas tu Faiz bawak ke dobi dryer je.
Selesai dah semuanya. Tamat dah cerita weekend di Kuantan. Hingga bertemu lagi di percutian akan datang tapi taktau bila. Hihihi.
4 Ulasan
best dpt spend masa cuti bersama2 yg tersayang :)
BalasPadamBaik hati makcik tu, dah bagi diskaun, bagi lagi keropok free.
BalasPadamPernah lalu jalan Jerantut-Lipis, laluan berbukit, berselekoh dan jalannya sempit. Memang mencabar dan rasa seriau bila berselisih dengan lori besar.
Lama tak pi kuantan....syok nyer minum kopi
BalasPadamWahhh..Trliur tgk kopi saigon tu =D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.