Waktu lunch Cie tak masak. Semua takde rasa lapar. Cie pun suggest untuk mengopi di situ jela sambil makan kek. Kakak Raisha pun setuju. Dalam pukul 2 lebih tadi kami pun keluar.
Suasana di Sidang Kopi
Masuk je ke dalam Sidang Kopi suasana di dalamnya masih sama. Dekorasi pun masih sama. Lamanya kami tak mengopi di situ. Kat luar ada sekumpulan kaum lelaki menikmati kopi sambil berborak. Di dalam pula cuma ada 1 meja dengan 2 orang pelanggan wanita sedang menikmati kopi dan kek.
Menu Kopi dan Minuman Yang Ditawarkan
Dah nama pun Sidang Kopi kan mestilah menu utamanya adalah minuman berasaskan kopi. Aroma kopinya memang cukup padu. Sesuai untuk pencinta kopi. Tapi bagi yang tidak meminati kopi jangan risau. Ada juga minuman versi milkshake, chocolate, peach tea, lemon tea dihidangkan di situ.
Menu Makanan
Selain kopi, ada juga makanan ringan-ringan dan juga nasi tapi takdela banyak pilihan sangat. Ada kek, cookies, pastry, sandwich dan juga nasi. Sekadar ada jela rasanya sebab main product mereka adalah kopi.
Menu Pilihan Kami
Antara menu pilihan kami di Sidang Kopi adalah:
- Iced Caramel Latte - Faiz
- Iced Hazelnut Latte - Cie
- Ice Lemon Tea - Raisha
- Ice Peach Tea - Rania
- Chicken Sandwich
- Kula Mango’s Cheese Cake
- Burnt Cheese Cake
- Nasi Chicken Buttermilk
Total semua ni tadi RM92. Harga keras sikit tapi boleh la sekali sekala kan. Ibu belanja sempena birthday kakak Raisha. Mulanya tadi babah nak bayar. Takpela ibu belanja.
Kalau sesiapa pernah makan Mango Cheese Cake tu yang kat Kuantan tu. Kula Cake tu. Rasanya ni pun mesti mereka ambil dari sana juga. Cumanya agak keras bahagian atas tu. Mungkin mereka storage dalam freezer. Kena tunggu lama kot baru defrost. Ketuk dengan fork tu pun ada bunyi keras. Tapi boleh jela makan cuma kena tunggu cair sikit.
Pilihan kakak Raisha Burnt Cheese Cake. Cie rasa juga tadi sedap rasa cheese padu. Makan sejuk-sejuk memang sedap.
Chicken Sandwich tu tadi adik Rania kata macam tempoyak. Hahaha. Tak sure mayonis ke apa rasa macam tu. Pernah dah makan dulu sekali takde pulak rasa macam tempoyak. Tapi habis je tadi.
Nasi buttermilk chicken tu babahnya makan. Cie rasa sesudu. Ok la ayamnya lembut, buttermilk tu rasa dia boleh la ngam makan dengan nasi tu. Ada rasa pedas sikit-sikit.
Manis, Ringkas dan Mengenyangkan
Walaupun menu nampak ringkas je tapi memang mengenyangkan. Minum pulak air bersusu segar memang cepat penuh perut. Siap makan kami terus keluar meninjau air sungai pulak. Sidang Kopi ni berdepan je dengan sungai. Dari kedai tak nampak la sungai tu sebab seberang jalan.
18 Ulasan
Unik kedainya. Luar biasa, dalam nampak eksklusif.
BalasPadamKedai bangunan lama. Cuma dalam tu di deco ala moden sikit la.
PadamNampak klasik kedai ni... tapi menunya moden ya
BalasPadamHappy Birthday Raisha. Semoga berjaya selalu hendaknya
Kedai bangunan lama. Diberi nafas baru dengan deco yang moden. Terima kasih atas ucapannya ❤️
PadamTinggi paras air sungai tu nampaknya.. burnt cheese cake memang sedap makan sejuk2
BalasPadamKelmarin tu hujan. Air naik sikit la. Kalau banjir tu sampai kedai tu naik air.
PadamBelated happy birthday Kakak Raisha.
BalasPadamBiar betul sandwich rasa tempoyak?. Rare tu.
Terima kasih atas ucapannya ❤️. Entahla perasaan kami je kot rasa tempoyak 😅
PadamHappy birtday buat Raisha ya..happy kan kena belanja abah dan ibu..tahniah.
BalasPadamTerima kasih atas ucapan ❤️
PadamLuar nampak macam kedai² lama namun menu moden.
BalasPadamBangunan kedai tu lama dah.
PadamSesekali kita meraikan birthday girl kan. Sedap kedua-dua kek tu. Haruslah pesan kopi kalau ke kedai kopi. Sandwich rasa tempoyak? Pelik dah tu. Bagus jugakan nasi buttermilk dia asingkan kuah tu. Ayam pun kekal rangup tak disatukan dengan kuah. Tertarik dengan tulisan cantik di black board tu.
BalasPadamEntahla perasaan kami je kot rasa tempoyak 😅.
PadamKedai dia dari luas bertemakan vintage klasik gitu, sukalah!
BalasPadamKula cakes tu mmng glemer betul kat kuantan kan. Dia start viral dri tahun 2014 gitu tk silap. Sampai sekarang saya tk pernah rasa
Oh iyaa saya terbaca yg mango cheesecake dark Kula cake itu. Cantiiik sangat bentuknya. Jadi yg di sidang cafe ini mereka ambil dari sana juga yaaa. Teringin nak Coba, terbayang pasti sedaaap sangat, mangga dipadukan dengan cheesecake 😍😍
BalasPadamIni tempatnya klasik, tapi tampilan menu dia baguus sangat. Memang menggugah selera
Klasik betul kedainya.. Menarik..
BalasPadamsetiap kali tgk perkataan lipis, menggamit nostalgia sgt! (bekas abg ipar MZ org lipis)
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.