Tadi disebabkan takde idea nak lunch apa Cie cakap kat adik Rania kita singgah 7E Cafe jela. Mulanya adik Rania cakap singgah esok la. Esok Jumaat Cie ambil kakak Raisha dan Faiz ambil adik Rania tu yang susah la nak singgah 7E. Dah dia suruh ibu order nasi lemak dari staf ibu pulak esok. Mujur staf tu cuti dia nak ambil order nasi lemak so on la hari ni singgah 7E Cafe.
Masuk je 7E Cafe rambang mata ye semakin banyak dah menu kat chiller display, kat kaunter. Entah mana 1 nak beli. Akhirnya beli yang sama jela. Malas nak fikir banyak. Bila dah masuk 7E Cafe kopi must buy.
Apa Cie beli hari ni?
- Ice Caramel Latte
- Pasta Aglio Olio Udang
- Pasta Carbonara
- Chicken and slices cheese sandwich
- Popcorn chicken with cheese sauce
Yang bestnya bulan ni masih ada promo beli kopi dapat voucher free kopi. Hari tu kata sampai 30 September je promo tu rupanya extend lagi. Boleh redeem sampai 31 Oktober. Ada 2 dah Cie simpan. Nanti weekend boleh la redeem untuk Cie dan Faiz. Faiz terjebak dah dengan Ice Latte 7E Cafe.
Lepas siap beli terus balik rumah dan panaskan pasta aglio olio udang untuk Cie, sandwich untuk adik Rania. Terus panaskan carbonara untuk kakak Raisha balik sekolah 2 petang. Cie dan adik Rania makan selepas solat Zohor.
Petang tadi masa tengah masak, kakak Raisha cakap teringin nak makan ais krim pulak. Ibu kesian pulak tengok muka macam teringin sangat nak makan ais krim tu. Lepas masak la pergi 7E Cafe. Dekat je dengan rumah boleh la layan. Elok je siap masak 6.25 petang, Faiz pun sampai rumah. Apa lagi terus ajak Faiz pergi. Selamat Cie tak payah drive.
Sampai 7E bukan ais krim je beli, nak coklat pulak. Ambil la seketul sorang coklat Cadbury untuk 2 beradik tu, Cie ambil Beryl’s Tiramisu. Balik rumah tengok point history tiba bertambah Graduation Reward 1500 yang akan expired 9 Oktober nanti. Sebab jadi pembeli setia kot entahla. Weekend ni la boleh redeem terus sebelum expired.
23 Ulasan
Saya biasa nya kalau kopi memang jarang ganti. Paling sering pasti iced Americano. Sesekali baru kopi susu gula aren. Yg lain saya jarang beli. Tapi kalo makanan, memang suka ganti2 memesan, dan coba Macam2 rasa 😄
BalasPadamCie suka ice caramel latte tu tapi ada masa jarang ada so kena la tukar lain.
PadamMemang setia nie...Hihihi .
BalasPadamBukan takat eskrem je, MCM2 dibawa balik
Aiskrim belah petang. Sehari 2x terjah 7E Cafe 😅
PadamDah boleh jadi duta satu keluarga dah ni hihi
BalasPadamBetul la ni 1 family suka 😄
PadamBestnya banyak point..akak baru uninstall ZUS, point 3000 lebih hilang macam tu aje...merajuk dah....malas dah nak minum ZUS...nak beralih pada 7E la...hahahahaha
BalasPadamLahhh ruginya kenapa tak redeem dulu kak sebelum uninstall tu.
PadamWahhh..Byknya point...Best tu =D
BalasPadamEntah bila nak redeem ni.
Padamanak anak saya suka membeli di seven eleven. Saya macam takde apa nak beli dalam tu. paling tidak beli roti aje
BalasPadamKami memang 1 family suka.
Padambaguslah dia extend promo kopi tu. memang kena singgah tiap2 hari lah nampak gayanya hehe
BalasPadamAah menguntungkan ni tapi tak boleh jugak kopi hari2.
Padamooo ye ke?
BalasPadamboleh laa dpt kopi free nanti...
Ye beli kopi dapat voucher free kopi.
PadamTak apa bahagiakan anak2..tak payah berkira..anak pasti bahagia..rahmat kepada ibubapa memberi..setulus hati
BalasPadamTak pernah pulak berkira dengan anak2.
PadamSaya macam ni lah. Rambang mata tengok menu tiap kali masuk 7e.
BalasPadamKan semua rasa nak ambil.
PadamHaaa sudah... laki bini terjebak dengan 7E😆
BalasPadamAkak rasa kalau nak datang kena perut lapar baru syiok nak pilih. Dah few times masuk tapi tak tau nak beli apa.
Saya pun selalu tengok Cie selalu membeli kat 7E, Balik kerja lapar2 terus singgah kat 7E juga. Sedap juga makanannya.
BalasPadamwaaa byknya points tu! boleh redeem mcm2 kan tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.