Kita buat menu kopitiam simple je sebab tengahari tu nak makan kenduri pakcik Cie iaitu Pak Itam menyambut menantu. Dekat je taman perumahan kenduri tu dalam 5 minit je dari rumah Cie. Yang ni ada dalam draft jugak belum dikarangkan.
Kebetulan Faiz ada beli bekas buat telur masak separuh. Masa makan kat Kopi Stesen Cie tunjuk kat Faiz bekas kedai tu guna untuk buat telur masak separuh. Faiz terus pergi beli ye masa kat kedai barang tapi sungai tu. Maka nya isteri solehah ni buat la menu kopitiam kat rumah.
Cie buat roti bakar butter dan kaya. Cuma tak feel sangat sebabnya Faiz beli roti gardenia pulak. Kena beli roti pound yang macam kedai kopitiam guna tu. Mulanya dia tak beli butter, marjerin pun dah habis kat rumah masa tu keluar pergi beli butter hari Sabtu petang tu.
Beli butter kat speedmart tu tak banyak jenis yang ada dan mahal sikit dari harga pasaraya. Bila bakar roti tu cair pulak butter tu. Kedai kopitiam tu guna butter apa ye? Tengok seketul je tak meresap pun dalam roti. Cie guna buttercup menyerap dalam roti.
Tanya chatgpt ada jugak beberapa jenis butter dalam list termasuk buttercup. Rasanya tebal jugak dah Cie potong letak tengah roti. Takpela next time try lagi buat guna roti lain.
Telur masak separuh tu mula buat telur kuning jadi keras. Rupanya tak perasan pada bekas tu ada tanda paras air untuk setiap biji telur yang kita nak buat. Cie buat masa tu main letak je air tak perasan paras tu.
Masa buat kali kedua sebabnya tak cukup anak-anak kata sedap, baru la perasan ada paras air. Baru la elok kejadiannya.
Suka sangat bersarapan di kopitiam kan? Jadinya buat jela sendiri di rumah tak susah pun.
18 Ulasan
Saya pun biasa buat telur masak separuh guna bekas kuning tu. Elok cantik kejadian telur. Sedap, sarapan macam ni, di rumah.
BalasPadamroti bakar tu yang sedap...selalu linda sapu planta je...hihihi
BalasPadamAduhai...Geram je tgk telur separuh masak tu =D
BalasPadammmg dh mcm kt koptiam dh tu....lama tk mkn telur masak separuh
BalasPadamGardenia pun sedap kalau tak ada roti benggali tu kan.
BalasPadamsedapnyaaaaaa
BalasPadamroti apa pun ok janji air tangan isteri... heheheh
BalasPadammenarik tu...suka makan roti sapu kaya dan butter. Tiba-tiba teringin nak buat pulak.
BalasPadamMenu kopitiam ni nampak simple tapi penat sebenarnya nak kena buat satu². Kita kalau letak air panas kat half boil egg maker tu, tak kisahlah, 2 biji ke, 4 biji ke, memang letak jer air sampai paras maksima, hehe.
BalasPadamMenarik menu ni. Regu dgn kopi tak? 😋
BalasPadamAkk lately pun rajin buat telur separuh masak ni utk breakfast. Didihkan air dulu dlm periuk then baru masukkan telur.
Nampak telur separuh masak tu juga yang menarik.....
BalasPadamAiiih saya jadi ingin beli alat utk masak telur setengah matang nya. 😍😍. Kalo saya tak suka memang telur dengan kuning masih cair, tp suami dan anak2 suka. Selama ini masak manual, selalu gagal jadinya 🤣.
BalasPadamItulah, kdg kalo makan ke Kopitiam di sini, sayapun penasaran nak tahu apa butter yg dipakai. Sedaaap, lembut tapi tak mudah melted.
Saya sebenarnya suka makan..cara ini, roti bakar..
BalasPadamaaaa sedapnya! kalau time breakfast, selalu order roti bakar telur separuh masak gini
BalasPadamWow...pi LD ada menu wester....mai sini kopitiam in the house..semua menarik
BalasPadamElok kejadian telur tu.
BalasPadamRoti bakar dengan kopi O sangat sedap.
BalasPadamyg penting ada effort dan rajinnn buat laaa menu2 ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.