Dinner Di Rumah Ayah

Petang tadi lepas dah lama di rumah kakak kedua, kami bergerak ke rumah kakak sulung pulak. Rumah ayah la. Rumah yang Cie dibesarkan dari lepas lahir. 

Sejak ayah takde, rumah pusaka kakak sulung duduk. Dia la penjaga rumah pusaka bagi pihak adik-adik. Adik-adik semua duduk jauh. Sekali sekala balik la kami ke kampung. 

Kampung kechor tui

Cie pun dah lama tak balik sebabnya weekend adik Rania selalu ada kelas. Minggu ni takde kelas dan kebetulan kakak yang dari Manjung tu ada balik.

Lunch dah singgah rumah kakak kedua. Masak sama-sama tadi. Cie prepare ulam-ulam, sambal dan budu je tadi lunch. Dinner malas dah. Nak makan air tangan kakak-kakak pulak. 

Lepas Isyak dah siap dinner. Malam ni takdela banyak sangat menu dah. Anak buah dari Perak tu mancing kat Manjung bawak balik ikan siakap besar betul. Ibu dia masak siakap 3 rasa. 

Ikan siakap 3 rasa

Sayuran pun dah tak banyak malam ni. Cuma ada terung je. Terung tu Cie beli bawak balik kampung nak mintak Kak Long buat lawar terung. Cie pernah je buat sendiri ikut resepi kakak bagi. Saja ngada nak manja-manja request dengan kakak. Hihi

Lawar terung


Menu dinner malam ni:
  • Ikan siakap 3 rasa
  • Telur dadar
  • Ikan bilis goreng
  • Lawar terung (terung bakar, santan, lada hitam, bawang merah)
  • Jeruk petai, petai dan jering

Menu dinner

Pinggan makan penulis

Bila banyak sangat makan nasi boleh jadi senak perut. Lepas dinner borak-borak dulu banyak cerita nak cover. Borak dalam whatsapp group tak sama dengan borak depan-depan. Pukul 10.20 malam gerak balik rumah. 30 minit je perjalanan. 




Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Bw jam 2247 pastu tgk menu dinner cie..dugaan apakah ini...terus perut ai menyanyi

    BalasPadam
  2. Betul, borak dalam whatsapp tak puas. Jumpa depan2 baru syok bercerita

    Banyaknya menu!

    BalasPadam
  3. Kena sembang depan² baru seronok.. Dekat² ya rumah kakak no 1 & 2. Mujur juga kampung 30 min je perjalanan.

    BalasPadam
  4. Seronok jadi adik bongsu kan? Hehe...
    Lawar terung sedap. Dulu masa kerja selalu beli nasi campur dekat sorang akk ni, kadang² ada menu lawar terung.

    BalasPadam
  5. best dpt berkumpul sambil mkn2 dgn adik beradik

    BalasPadam
  6. Hebat juadahnya tu Cie..berselera makan kan bersama adik..

    BalasPadam
  7. Banyak betul menu dinner. Nampak sedap semuanya. Tak pernah lagi merasa lawar terung ni.

    BalasPadam
  8. Nampak sedap betul lawar tu..lawar terung saya belum menjadi lagi ..semua bahan dah beli tapinkerajinan belum datang..huhubu

    BalasPadam
  9. Sedapnya...arwah mak akak pandai buat lawar terung...rindunya nak makan...buat sendiri lom pandai lagi

    BalasPadam
  10. Rezeki. Bukan senang nak makan sekali macam ni.

    BalasPadam
  11. Pertama kali tengok lawar terung. Jauhnya bawa ikan dari Manjung.

    BalasPadam
  12. Betul lah dapat jumpa adik beradik rasa macam-macam nak cerita. Dalam phone atau WA macam tak puas

    BalasPadam
  13. Aiiiih senangnyaaa kalau saya sedekat itu tinggal dengan adik2. 😄😍. Bisa sering2 jumpa. Ini jumpa pun 2 tahun sekali saking jauh semua tersebar pulau 😄.

    Kombinasi petai dan jering, mantap kak 😍😄. 2-2 favorit saya pula. Pakai lawar terong .. biasanya menu begini saja saya dah cukup, ga usah pakai lauk lain 😁😄

    BalasPadam
  14. ada jeruk petai, petai dan jering. Perghhhhh aroma extra dalam bilik air ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.