Lepas beli barang dapur tadi, balik rumah kejap settle barang dapur lepas tu terus gerak balik kampung. 30 minit je dari rumah Cie ke kampung.
Singgah rumah kakak nombor 2. Terus masak-masak menu lunch kat situ. Bila ramai-ramai buat sikit sorang dapat la banyak menu. Menu kampung je yang simple.
- Ayam goreng kicap
- Telur itik masak lemak
- Ikan goreng
- Sambal goreng jering
- Kincuk pucuk paku (gaul dengan tempoyak dan cili padi)
- Pucuk ubi celur
- Bendi celur
- Daun serai kayu
- Ulam petai
- Sambal belimbing hitam
- Budu
Meriah menu kampung je kami hari ni. Makan ramai-ramai memang berselera. Tapi Cie memang jenis tak menambah nasi. Nasi sikit je. Menu lauk pauk penuh pinggan.
Kami 4 family je. Kakak nombor 1, kakak nombor 2, kakak nombor 7 dan Cie nombor 8. Bila berkumpul ni banyak jela gosip-gosip yang keluar. Biasa la kan lama tak berjumpa depan-depan. Sekali sekala berkumpul banyak cerita yang nak diborakkan.
Melepak rumah kakak nombor 2 sampai pukul 4 lebih baru ke rumah kakak nombor 1 pulak iaitu rumah ayah. Bila mak ayah dah takde, kakak nombor 1 la jadi tuan rumah pulak menyambut adik-adik balik.
15 Ulasan
Ooo maaaakkkk! Banyaknya lauk-pauk Cie.
BalasPadamBest kan kalau dapat berjumpa family. Bergossip tu yang syok hihihiiii!
Hari ni pun 4 beradik akak berkumpul kat rumah akak..tp akak xde..akak balik JB
BalasPadamAkk pun kalau balik kampung tuju rumah kakak juga. Menumpang kasih la huhu...
BalasPadamMenu lunch kami pun ada masak lemak telur itik gak :D
Masyaa Allah....tumpang kenyang tengok menu kampung gini...Ulam serai kayu tu kat tempat kerja saya banyak Cie tapi selama ni depa situ taktau tu pokok serai kayu .Bahagia saya hari-hari petik .Sekarang tengah berbuah..buahnya pun saya kutip makan sampai sembelit-sembelit🤣
BalasPadamSetujuuu. Saya pun kalo nasi sedikit saja. Perbanyak sayur dan protein. Efek kenyang akan lebih lama. Kalo terlalu banyak nasi, malah membuat mengantuk
BalasPadamIsssssh sedapnya menu beginiii kak 😍😍.
1st time tgk menu kincuk tu..maksudnya Gaul pucuk paku dan tempoyak cili..nk try la nti...
BalasPadamLauk meriah pinggang cie sume nak rasa kan.puas hti
Ya Allah sedapnya lauk kampung, ada ulam-ulaman! Kalau saya ni, risau menambah hehe
BalasPadamKak cie anak bongsu ke?
Makkkaihhhh... meriah lauk pauknya tu...menyelerakan.
BalasPadamOo.. rumah utama Kakak No. 1 yang duduk ya. Situlah selalu keluarga berkumpul eh.
daun serai kayu tu saya suka mkn kalau dihiris halus2 mcm ulam utk nasi kerabu
BalasPadamAda ulam ulaman..jenis juadah rebus memang sarat sihat..alhamdulillah..
BalasPadamBanyaknya lauk, memang sangat menyelerakan. Seronok bila dapat berkumpul adik beradik kan...
BalasPadamSeronok, dapat kumpul adik beradik. Untung rumah Cie dekat dengan kampung. Seleranya saya tengok gambar hidangan. 😋
BalasPadamKalau balik kampung, memang tak boleh lari dari makan sayur dan ulam macam ni. 👍
BalasPadamwaduhhhhhhh sedap dan banyak lauk kampung. Mesti menambah2 ni sambil makan sambil bergosip dengan akak-akak. hehehehe
BalasPadammakan ikan bilis goreng sekalipun kalau berkumpul adik beradik jadi sedap
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.