Baginda datang ke Lipis menaiki helikopter pukul 10.52 pagi melintasi ruang udara Dataran Orang Kaya Haji. Tepat jam 11.00 Sultan Abdullah sampai ke dataran dengan memandu kenderaan sendiri.
Cie datang ke dataran tu untuk tengok-tengok orang bersukan. Cie memang tak bersukan la. Sekadar nak meninjau suasana. Meriah betul macam-macam ada. Kebetulan Sultan Abdullah nak rasmi rekreasi Pahang tu yang boleh tengok Sultan walaupun dari jauh je.
Panas terik pulak lupa bawak cap dan kipas. Memang beli untuk simpan jela agaknya. Anak-anak pun tak teringat nak bawak. Mula plan nak sekejap je. Waktu kami sampai 10 lebih tu emcee cakap sekejap lagi Sultan Abdullah nak sampai jadinya kami tunggu jela walaupun dah berjujuran peluh. Bukan senang nak tengok Sultan depan-depan kan.
Lama pulak majlis tu ada orang berucap dan last baru Sultan Abdullah berucap dan sekaligus merasmikan majlis. Ada gimik perasmian payung terjun tapi macam ada motor kat atas tu. Motor ke apa entah. Orang tu mendarat tengah padang. Dapat la anak-anak bergambar. Cie pun tak sure nama apa benda tu.
Masa emcee suruh kosongkan padang sebelum Sultan sampai tu, emcee ada sebut motor nak mendarat di tengah padang. Ingatkan ada pertunjukkan motor ke apa. Rupanya benda tu la.
Selesai perasmian dalam pukul 12 kami pun gerak la nak mencari makan pulak. Dah tak lalu nak berjemur tengah panas tu.
3 Ulasan
Alhamdulillah, berbaloi lah peluh berjujuran pun...dapat tengok sultan
BalasPadamWah ada paratrike/paramotor kot nama tu. Paragliding yang tengok kadang ada di Kuantan ni.
BalasPadamMenarik la aktiviti macam ni...peluh berjurai tanda sihat..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.