Redeem Free Coffee dan Redeem Point 7E Cafe

Baru-baru ni Cie ada terima 1500 points kat apps 7E Cafe pada 2 Oktober 2025. Cie pun taktau point apa kebetulan Cie ada beli bila tengok points bertambah dengan nama Graduation Reward. Tak pernah lagi dapat sebelum ni. Graduation Reward tu expired 9 Oktober.

7e cafe kuala lipis

4 Oktober baru-baru ni Cie singgah 7E Cafe nak redeem free coffee, Cie ada 2 voucher. Dah alang-alang tu Cie terus tanya adik cashier tu nak redeem points tu. Adik cashier tu cakap 1500 points sama dengan RM15 boleh je ambil apa-apa.

Points 7e apps

Untung jugak 1 point bersamaan dengan RM1. Berbaloi redeem point 7E Cafe ni. Cie pun duk terpusing dalam 7E tu taktau nak beli apa sebabnya kenyang lagi pagi tu sarapan capati di Restoran Kuah. Anak-anak nak coklat, Cie pun join ambil coklat jugak la.

Total coklat kami RM16.90 so dia terus tolak 1690 points. Kiranya Cie takde bayar apa-apa la memang tolak points je. Lepas ni boleh la redeem points beli pasta atau sandwich ke berbaloi jugak. Tak rugi Cie jadi pengunjung setia 7E Cafe. Hihi.

Redeem free coffee tu Cie ambil Ice Latte untuk Faiz dan Ice Caramel Latte untuk Cie. Voucher free coffee sekarang dah boleh coffee apa-apa je. Yang awal-awal dulu Ice Latte je boleh redeem.

Ice caramel latte

Iced latte dan iced caramel latte

Selesai redeem points buat pertama kali di 7E Cafe. Cie memang jenis suka kumpul points apa-apa apps pun. Rugi tak collect point kalau kita ada membeli. Faiz kalau pergi sorang je ke 7E Cafe pun dia boleh guna id Cie just sebut nombor handphone je. Dapat points. Dia bukan layan sangat points ni. Jadinya bini dia tukang kumpul points.


Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Suka bila boleh redeem point macam ni.

    BalasPadam
  2. oh ammi tak ada pun apps 7E ni. nak downloadlah juga.

    BalasPadam
  3. saya pun suka kumpul2 points ni. mcm zus dgn marrybrown punya apps, dah jadi rutin pulak tiap2 hari kne check in points hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kakcie pun memang spesis suka mengumpul point mana2 apps.

      Padam
  4. Kalau kerap beli barang kat mana-mana kedai yang ada ganjaran memang lebih baik register sebagai ahli untuk kumpul point atau dapatkan discounted price.

    BalasPadam
  5. Banyaknya points Cie. Saya pun ternampak buy1free1 coffee di app 7E. Macam nak cuba beli je.

    BalasPadam
  6. Kalau ada points berbaloi macam nie ok juga...dulu suka kumpul point minyak Petron..yang tu dia ikut by liter..1 liter, 1 point.. cukup berapa point, boleh redeem dengan minyak kete..pernah la dapat isi minyak RM45 dengan tolak point je sebanyak 3,4 kali..tapi, nak kumpul point pun lama lah .sebab kalau minyak RM45=3000 point.
    Last² sekarang dah beralih pada Petronas pula.

    BalasPadam
  7. Elok juga redeem terus..saya pernah kumpul point pasaraya dekat rumag ni ..dua kali kena curi point ..sekali tu RM180 ...sekali lagi RM80...jenuh. ertekak tapi sudahnya tetap tak dapat claim..moral of the story jangan kumpul banyak...asal boleh redeem...terus reddem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cie pun ada je points expired terlupa nak redeem. Ada sebuah pasaraya kat sini. Bila check point history rupanya banyak dah kena minus.

      Padam
  8. Elok juga redeem terus..saya pernah kumpul point pasaraya dekat rumag ni ..dua kali kena curi point ..sekali tu RM180 ...sekali lagi RM80...jenuh. ertekak tapi sudahnya tetap tak dapat claim..moral of the story jangan kumpul banyak...asal boleh redeem...terus reddem

    BalasPadam
  9. Macam best jer.. Nak kena download juga walaupun jarang pergi :)

    BalasPadam
  10. Mcm I ni jarang pegi 7E, agaknya klu nak capai 10 points pun 5 thn agknya. 😄😄

    BalasPadam
  11. Memang berbaloi kalau boleh redeem point gini kan...

    BalasPadam
  12. Baru n ke 7E yang berdekatan, yeeyyy setting interior nya baru, dah ada banyak makanan macam sandwich, onigiri (kalau tak silap)

    BalasPadam
  13. Ih lumayaaaan lah kak. Bagus juga point Sevel ini , tak pelit kasihnya. Saya jadi penasaran nak coba rasa iced Americano mereka kalo nanti kesana 😍😍. Saya biasanya utk mencoba suatu kopi, akan try pertamakali Americano. Supaya tahu rasa beans nya seperti apa.

    BalasPadam
  14. Rezeki tak disangka..kena guna..jika tak rugi sebenarnya..

    BalasPadam
  15. Sama. Tiap kali beli barang kat 7e, mesti akan kumpul point.

    BalasPadam
  16. saya jrg2 singgah 7-e...bln ni lom singgah lagiii

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.