Saja jela macam teringin nak makan masak lemak pulak. Ada orang kata ikan masak lemak lagi sedap kalau goreng dulu. Tu yang nak try. Cie pun goreng la dulu ikan siakap tu. Macam biasa lumur garam dan serbuk kunyit lepas tu goreng je.
Buat kuah lemak tu ikut citarasa dan style sendiri. Cie letak jugak daun kesum. Masak lemak letak daun kesum memang sedap. Tak kisah masak lemak apa pun. Cie dulu Kak Long Cie la ajar. Dia kata letak daun kesum dalam masak lemak sedap. Cie pun try buat memang sedap.
Cie tak share la resipi Siakap Masak Lemak ni ye semua orang pandai buat kan. Cuma nak cerita jela buat pertama kali nya Cie masak lemak goreng dulu ikan tu memang sedap.
Kalau korang belum pernah buat lagi nanti try la memang sedap. Lagipun kalau goreng dulu takdela isi ikan tu hancur masa kita masak kuah tu.
Ni la hidangan dinner Cie hari tu. Cie masak Siakap Masak Lemak, Telur Dadar, Kobis Panjang Goreng, Sambal Hitam, Jambu Batu. Sambal Hitam mentah tu ye bukan jenis bergoreng. Kalau menu masak lemak memang ngam dengan Sambal Hitam mentah tu.

9 Ulasan
wahh mcm menarik la cara masakan tu...MZ kalau siakap, MZ hanya reti steam or masak merah/pedas ajer
BalasPadamOk..Set..Nnt dh ready nk masak sy try =D
BalasPadamtk pernah masak lemak guna ikan siakap..biasa bakar , stim , sweet sour or 3 rasa
BalasPadam1st time tengok siakap masak lemak kuning, selalunya siakap masak stim, masak asam.. terliur la pulak..
BalasPadamAah Cie, kak ana pun goreng dahulu sebelum masak lemak sebab tak nak isi ikan hancur kan :)
BalasPadamJarang2 masak lemak ikan siakap ni kan tp npk menarikk utk dicuba
BalasPadamBiasaaa menu siakap mesti 3 rasa atau stim
sekali sekala buat masak lemak..sedap juga
BalasPadamCuya biasa masak ayam masak lemak je. Menarik untuk dicuba
BalasPadamSedapnya tengok. 😋 Tukar angin ye, biasa siakap kukus atau sos thai.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.