MODOFO 1000ML Insulated Tumbler With Straw

Pelbagai jenis tumbler dah sebenarnya Cie beli. Kali ni beli lagi tumbler baru dari Shopee. Macam-macam jenama dah ada macam collection dah. Tapi bila ada yang baru, yang lama terus masuk kabinet je. Ada la juga yang Cie buat bancuh air je minuk kat rumah.

Kisahnya Cie punya penutup tumbler tu macam pecah. Kat bahagian tempat straw tu. Jadinya ada la alasan kukuh nak beli baru.

MODOFO 1000ML Insulated Tumbler

Masa Cie search tumbler kat Shopee tu keluar la yang MODOFO ni. Bila baca review je macam best Cie pun add to cart terus la. Dah la cantik coraknya tu. Berkenan tengok coraknya cantik. Cie beli warna purple. Soft je warnanya tu yang terbekenan.

Corak printed pada tumbler ni jenis tahan lasak ye memang tak cepat tanggal walaupun cuci. Kualiti printing tu bukan yang jenis senang tanggal.



Cie nak racun jugak korang untuk beli. Memang best dan cantik. Nah link MODOFO Insulated Tumbler


Koleksi Tumbler Lama

Cie check kat history Shopee dah banyak dah Cie beli untuk Cie dan anak-anak. Anak-anak Cie pun guna tumbler je bawak ke sekolah dan minum air kat rumah.


Tumbler Brand Tyeso

Mula-mula viral tumbler Tyeso ni Cie tengok kat Shopee. Taktau pun viral kat TikTok. Cie takde TT. Sampai sekarang masih simpan je tumbler ni kat rumah. Buat minum air sambil tengok tv.


Yang sebelah kiri tu Cie tinggalkan kat kampung. Yang kanan tu masih ada. Ni la tumbler mula-mula Cie beli dulu pada 9 Julai 2022. Tengok date kat history Shopee. Gigih nak share. Brand Tyeso ni bagus ais tahan lama letak dalam tu. 

Lepas je beli tumbler yang pertama tu Cie beli lagi tumbler lain pada 5 Mac 2023 tapi brand Tyeso juga dan warna pun sama jugak. 


Yang ni hari tu terjatuh masa Cie bawak ke office. Lepas tu macam kemek sikit bahagian bawah tu. Tu yang beralasan nak beli lain pulak.


Tumbler Flasq

Jumpa brand lain pulak beli sebab tengok cantik pulak kilat-kilat dan boleh engrave nama. Yang ni siap dapat sekali sarungnya tu. Tapi tak pakai pun sarung tu. Cie beli pada 24 April 2024. Cantik pulak tarikhnya tu kan.


Yang ni sekarang dah tersimpan je dalam kabinet tak pakai dah. 


Tumbler Tyeso Untuk Anak-anak

Bila tengok ibu pakai tumbler bawak pergi kerja, anak-anak pun request nak jugak. Ibu pun beli la satu sorang pada 27 Mei 2024. Anak-anak pun dah tak pakai yang ni besar pulak katanya nak bawak ke sekolah.




Tumbler Sundayeroo

Penyakit beli tumbler ni tak terhenti di situ je. Pada 19 April 2025 beli tumbler lain pulak. Nak yang jenis pemegang tepi tu pulak. Layankan jela selera sendiri ni. Yang ni tak tahan sangat letak ice dalam tu cepat je cair.


Penutup kat bahagian straw tu pun dah patah. Tu yang Cie beli tumbler bunga-bunga tu. Kiranya tak tahan la brand ni.



Tumbler Anak-anak dan Coffee Tumbler

Cie beli jugak tumbler lain untuk anak-anak yang mereka guna sampai sekarang bawak ke sekolah dan minum air kat rumah. 6 Julai 2025 hari tu Cie beli. Tak sia-sia la beli memang function habis. Cie beli untuk Cie jugak letak tepi katil senang tengah malam tiba-tiba haus. Best guna tumbler yang tu. 


Masa beli tumbler tu Cie beli sekali coffee tumbler ni. Senang kalau nak travel Cie nak beli kopi 7E Cafe letak dalam tu.




Adakah Selepas Ini Ada Lagi Tumbler Baru?

Tak boleh nak dijangka. Kita tengok la sejauh mana performance tumbler bunga purple tu. Kalau perform mungkin lama sikit bertahan ni. 

Cie pun ada juga tumbler doorgift dinner jabatan Cie tahun lepas. Pakai sekejap je lepas tu tak pakai dah. Faiz cuci tumbler tu tertanggal dah huruf dinner tu. Rasanya huruf D dah tercabut. Printed jenis tak tahan sangat. Tumbler tu takde brand. Beli yang jenis boleh printed Annual Dinner kat tumbler tu.

Masa anak buah Cie kenduri kahwin tahun lepas pun dia ada bagi tumbler Tyeso. Ada juga tersimpan kalau travel Cie bawak la yang tu.

Begitulah kisah tumbler tumbler dan Cie ni. Kena pakai jugak yang lain-lain tu bergilir-gilir minum air kat rumah ni. Tak guna kang macam bazir pulak kan.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. cantik tumbler tu.. zaujah saya dan anak-anak sama juga, suka beli tumbler walaupun dah ada hihi

    BalasPadam
  2. MZ pun ada byk jugak koleksi tumbler ni wpun jenis yg bkn bwk tumbler gi mana2..tp suka jer beli hahahah

    BalasPadam
  3. Rasanya sama jenis macam akak hadiahkan kat Tot sblom ni...akak memang nak beli warna purple ni tapi masa tu dah habis stok plak...tu yang beli warna kuning untuk tot

    BalasPadam
  4. ada satu belikan dekat kak M..yang tu tahan ais nya walaupun printing dia banyak luntur dah. yang tu juga memang selalu bawa, buat bekal air kosong dalam kereta.. sejuk je

    BalasPadam
  5. Akak pun kadang terjebak juga bila tenguk cantik. Tapi selalunya Tyesolah. Ada juga dapat gift dari kawan. Selagi boleh pakai hah guna lah.

    BalasPadam
  6. Cantiklah tumblr baru akak. Cuya ada tumblr biasa untuk minum jenama Barbie. Taktahu le panggil Tumblr ke apa sebab dia cawan besar gak tapi plastik. Kira banyak jugk akak collect

    BalasPadam
  7. Cantiknya tumbler warna pink tu haaa....manis warnanya....

    BalasPadam
  8. Sekarang bayak tumbler yang cantik2 kan? Macam2 saiz dan macam2 range harga!

    BalasPadam
  9. Menarik.tempat air yang kira unik..selamat digunakan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.