Mujur la kakak Raisha request, kalau tak memang berhabuk dah Pensonic Multi Grill BBQ & Steamboat ibu beli dulu tu. Baru 2 kali je rasanya pernah guna.
Senang ada Multi Grill BBQ & Steamboat ni. Boleh buat BBQ kat dalam rumah je. Awal tahun hari tu ada buat BBQ Dinner yang simple je. Berbaloi la beli.
Untuk malam ni buat steamboat je. Cie guna pes oden dari Adabi. Senang guna pes tu tak perlu tambah apa-apa dah. Campur air je letak dalam steamboat pot tu.
Cie beli 5 in 1 steamboat choice tu sekaligus semua jenis dalam 1 peket. Nampak dumpling teringin nak try beli la jugak sepeket. Beli jugak crabstick. Sosej je tak beli dah memang ada stok dalam freezer. Sayur pulak beli cendawan enoki je.
Prawn dumpling tu Cie goreng. Ada 3 cara masak dumpling boleh refer kat peket tu.
Makan dengan Chilli Garlic Oil homemade Cie buat pagi tadi sambil masak breakfast. Memang sedap dumpling makan dengan Chilli Garlic Oil tu.
Hari ni pulak on off hujan dari siang tadi. Memang ngam la makan steamboat panas-panas musim sejuk ni.
Alhamdulillah kekenyangan. Ada sikit left over kuah oden tu simpan jela dalam freezer. Nanti campak je ayam ke apa jadi la tomyam nanti.




12 Ulasan
Sedap makan steamboat di rumah bersama keluarga.
BalasPadamSenang makan steamboat kt rumah, tkyh keluar gi kedai.
BalasPadamJimat pon jimat
Sejuk² makan Oden, memang sedap lah
BalasPadamBest main masak² di rumah.. kalau cuti nnt lagilah jenuh nk fikir menu
BalasPadamWahhh..Bagus lah dapur ni..Ok..Bleh masuk dlm wishlist..Sblm ni buat oden masak dlm rice cooker je =D
BalasPadamaku juga suka make shabu-shabu by myself, sedapnyeee
BalasPadamBuat sendiri gini mmg puashati makan kan Cie... Pastu boleh santai² je makan pun sbb dekat rumah sendiri.
BalasPadamterliur dumpling!
BalasPadamSedapnyaaaa...teringin plak makan oden ha...
BalasPadamAkak ada periuk BBQ hadiah farewell dari opismate tapi tak cuba lagi. Bila musim hujan buat steamboat memang syiok
BalasPadamAda perencah senang sahaja nak buat steambot kan.
BalasPadamIbu yang rajin masak..kena masi air tangan sendiri berkat bahagia keluarga
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.