Menu Berbuka Puasa Ganti Dan Puasa Enam Hari Keenam

Sedar tak sedar dah hari terakhir Cie puasa ganti dan puasa 6. Alhamdulillah. Hari ni rasa habis energy dah walaupun seharian asyik baring je. Cuaca panas sangat hari ni duk dalam rumah je memang takde keluar.

Pagi tadi buat kek batik coklat ganache. Nanti Cie share kat entri lain. Lepas buat tu tidur kejap. Bangun tidur mengadap hp. Berbaring jela takde apa nak buat. Lepas Zohor sambung baring lagi sambil tengok Nona pukul 2. Tak sedar terlelap pukul berapa. Sedar-sedar lagi 5 minit pukul 3. 

Dah hampir-hampir malas masak tapi sebab takde idea nak makan apa berbuka. Masak jugak la. Cie masak ayam 3 budak gemok. Entahla kenapa nama dia gitu kan. Resipi google je tapi ada la skip bahan tu. 


Masak ayam tu kena makan dengan telur dadar dan sambal gesek. Sebab semalam dah menu telur dadar, Cie tukar kepada telur masin dan ikan masin jela. Sambal gesek tu pun Cie tambah ikan bilis.

Ulam timun, ada juga salad adik Rania lunch makan laksa tapi tak makan salad. Simpan jela boleh makan berbuka kang. 

Buah pulak Cie potong buah naga. Buah mata kucing dan kundang beli semalam dah selesai. Takdela nak makan dah hari ni. Buah tembikai ada sikit lagi Cie blend buat jus tembikai

Ni jela menu hari terakhir Cie berpuasa hari ni. Bila dah selesai lega la. Esok dah raya. Alhamdulillah. Makan menu raya jabatan jela hari Selasa nanti.

Rezeki last puasa jiran bagi lemang dan rendang. Dia buat sendiri bakar dalam tong drum katanya untuk geng memanah suami dia. Elok kejadian. 





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. allhamdulillah... simple and sedap

    BalasPadam
  2. Wah…Tahniah Cie dah selesai puasa 6, bermakna selesai juga puasa ganti 6 hari.
    Walaupun puasa tetap rajin buat kek batik.

    BalasPadam
  3. Ayam 3 budak gemuk takpe... jangan kita jadi gemuk! huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Ya hari ini panas. Fikir berkali-kali hendak masuk dapur ke tidak.
    Alhamdulillah Cie sudah selesai.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.