Cie masak ayam goreng berlado. Rumah ni memang menu ayam je banyak. Semua orang makan. Ayam berlado ni kegemaran anak-anak.
Buat tambah lauk Cie goreng telur dadar jugak. Tambahan protein untuk hidangan. Terlupa tadi nak buat telur rebus je. Boleh masuk sekali ayam berlado. Tak teringat.
Sayur pulak plan nya nak buat taufu telur. Nak gaul tepung jagung dan goreng. Lepas tu nak masuk dalam sayur campur. Sekalinya taufu tu dah lembik. Expired 13 April. Masih boleh makan. Entahla kenapa. Nak buang rugi jadinya campur jela dalam sayur campur tu. Ada kobis panjang, cendawan shitake, bunga kobis dan carrot. Timun pun ada buat ulam. Nak habiskan yang minggu lepas.
Meriah buah minggu ni. Semalam beli tembikai merah dan anggur masih ada lagi. Untuk hari ni tembikai asamboi dan kulit limau. Masa beli barang tadi Cie beli buah naga dan jambu batu. On the way balik rumah pulak Faiz singgah tepi jalan beli buah mata kucing dan kundang. Entahla berapa ringgit tu tak menanya.
Lepas siap masak ke Familymart dan Zus. Kakak Raisha kata teringin nak oden. Cie pun order la Zus sebaris je kedainya. Malam nanti baru nak makan oden katanya. Cie beli Spanish Latte. Minum Zus takpe malam takde segar mata. Boleh je tidur. Kalau latte 7E memang cerah mata la kalau minum malam.
Selamat berbuka buat yang puasa hari ni.




0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.