Makan Tengahari Di Ayam Gepuk Pak Junid

Cawangan Ayam Gepuk Pak Junid di Lipis ni lama sah dibuka. Kami belum pernah mencuba lagi ayam gepuk kat situ. Awal-awal dulu ramai orang jadinya Cie bukan sejenis suka join memenuhkan kedai. Tunggu dah lengang dan semua dah bertenang baru la kita terjah.

Makan Tengahari Di Ayam Gepuk Pak Junid

Dah takde idea nak makan kat kedai mana jadinya ajak la Faiz cuba Ayam Gepuk Pak Junid pulak. Kami keluar agak lewat dah tadi sebab memang plan keluar lewat beli barang dapur dan lepas tu baru nak singgah makan. 

Terlama pulak kat TF Valuemart tu beli barang. Beratur hampir setengah jam. Entahla kenapa ramai sangat orang. Selalu kami keluar pagi dan beli barang di BS je takdela ramai sangat. Dah siap beli barang baru singgah kat Ayam Gepuk Pak Junid. Tak ramai orang masa kami masuk takdela kena beratur. Terus ke kaunter untuk pilih set makanan.




Ada ayam gepuk, ikan keli dan ikan tilapia. Ada beberapa set hidangan juga disediakan so pilih la ikut selera masing-masing di kaunter tu. Bagitau pelayan nak set mana nanti dia akan letak dalam pinggan. Kita ambil sendiri dan bawa ke meja cashier order air dan buat bayaran terus.
  1. Kakak Raisha set A dan teh o ais
  2. Adik Rania set A dan teh o ais
  3. Cie set keli gepuk dan teh o ais
  4. Faiz set D dan kopi o ais
Set D - Faiz

Set A - Adik Rania

Set A - Kakak Raisha

Set Keli Gepuk - Cie

Makanan ambil sendiri selepas pilih set tu cuma air je dihantar ke meja. Tapinya Faiz tadi salah dapat kopi ais. Dia malas nak tukar dah minum jela. Kalau Cie tadi memang ku tukar semula. Tapi tu la kot cashier tu memang dengar kopi ais kot. Faiz ni pun kekadang keluar tak keluar je suaranya. 

Tauhu pun Faiz tak makan dia humban dalam pinggan Cie. Sambal kat Ayam Gepuk Pak Junid ni takdela level pedas melahar tu. Pedasnya masih boleh makan. Adik Rania yang tak makan pedas tu pun boleh la telan siap ambil nasi Cie sikit tak cukup nasi. Dia tak makan sangat la sambal tu dia cuit sikit je.

Kami pernah makan di Pak Gembus pedas tahap biasa pun kemain pedas. Berair mata, hidung semua la. Memang tak habis semua makan.

Kuah kacang pulak memang sebiji rasa peanut butter spread tu. Kuahnya pekat dan versi kacang hancur. Kalau cicah roti pun Cie rasa sedap kuah tu.

Lupa tanya Faiz tadi berapa total semuanya tu. Dah siap makan kekenyangan singgah Watson pulak ada nak beli barang. Hujan je hari ni. Tengok weather forecast pun akan hujan sepanjang hari. Bila cuaca redup macam ni, perut dah kenyang memang terkulat-kulat jela mata.





Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Salam kenal Cie..
    My favourite ayam gepuk tapi tak boleh letak sos peanut nanti sakit perut. Sambal pula jenis pedas biasa takde la pedas melahar.. Dari gambar besar juga portion yang diberi..

    BalasPadam
  2. Selamat menjamu selera ya..meriah makanan lazat, ayam gepuk..

    BalasPadam
  3. suka ayam gepuk yg ada kobis goreng berkicap..yg rangup..krup krap...

    BalasPadam
  4. Wah, menarik tu Cie ada keli gepuk!

    BalasPadam
  5. Saya pun musykil kenapa ramai orang di Lotus. Rasanya sebab bantuan myKasih bulan Disember baru masuk, jadi semua pakat dok top-up barang dapur kot. Last la dapat, jadi elok habiskan sebelum hujung bulan. Sedapnya makan ayam gepuk. 😋

    BalasPadam
  6. Nampak memang sedap tu. Pak Gembus saya paling suka sebab boleh pilih level pedas.

    BalasPadam
  7. Wah..kualiti time dengan keluarga...kak SA pernah makan ayam gepuk Pak Gembus tu..tahap pedas level 1 memang berair hidung dan pijar bibir

    BalasPadam
  8. Semakin tumbuh resto Ayam Gepuk.
    Akak suka kobis goreng.
    Makan sambal Pak Gembus memang puas sebab pedas tapi ambil yang pedas biasa je. Itupun memang pedas.

    BalasPadam
  9. Sy sabtu tu keluar jugak lah sebelah ptg... nk cari ayam gepuk lain pulak, nk try kedai lain² kononnya

    BalasPadam
  10. Saya paling suka kalau pakai sambal kacang begitu. Apalagi jika pedas 😄, tapi pedas yg pas lah. Terlalu sedap pun jadi tak bisa menikmati kan.

    BalasPadam
  11. kalau menu ayam gepuk ni, sambal dia sedap kompom semua akan jadi sedap... heheheh

    BalasPadam
  12. nampak menggoda . tak pernah try lagi ayam gepuk. biasanya kalau makan asik pilih penyet je gara gara seram sebab ramai kata sambal gepuk biasanya tahap meleleh air mata

    BalasPadam
  13. Cuya tak pernah makan ayam gepuk. Kalau nak makan maybe kena pergi bandar

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.