mi goreng, nasi goreng, cekodok pisang
Selepas siap sarapan kami bertahlil di kubur arwah mak dan ayah. Abang ipar Cie yang pimpin bacaan tahlil. Hari ketiga baru dapat ziarah pusara mak ayah.
Balik dari kubur terus kami bersiap nak ke rumah makcik di kampung tu jugak dan makcik di Felda Tersang 3.
Tema raya ke 3 warna maroon. Baju raya tahun lepas je Cie pakai. Belikan baju baru untuk anak-anak je. Masa beli tu kata maroon tapi bila sampai macam merah je. Hentam jela. Faiz pakai baju tahun lepas jugak. Tapi tu la takde dah gambar berempat.
Mulanya ke rumah Atih. Makcik Cie yang ada di kampung tu. Atih ni adik mak sebapa, berlainan ibu. Tepi rumah Atih tu cantik view.
Sepupu Cie masak mi kari. Cie tak makan pun mi kari sebabnya raya pertama tu dah makan mi kari di rumah abang ipar. Raya kedua pulak makan mi kari di rumah awek anak buah. Rasa tak lalu dah nak menelan. Cie makan kuih raya je.
Lepas bersalaman bermaafan kami terus gerak ke rumah makcik di Felda Tersang 3. Yang tu kami panggil We. Adik mak sebapa, berlainan ibu juga. We tu adik beradik Atih. Masa lalu kat depan sekolah rendah snap la sekeping gambar. Rindu pulak kenangan masa kecik dulu.
Kami sampai di Tersang 3 tu dah tengahari. Sejam perjalanan dari kampung. Memang dah plan nak makan lunch kat rumah We. Dah request kat sepupu nak makan asam rong daging yang sepupu buat sedap.
Bukan takat menu asamrong je, ada ayam kicap, gulai patin, sambal tempoyak udang, ikan goreng, sayur bayam goreng, salad dan sambal belacan. Makan ramai-ramai memang menyelerakan.
Dah kenyang makan, bersalaman apa semua kami gerak balik. Raya kedua tu keluarga We dah datang rumah. Berbalas kunjungan la kami ni sebenarnya. Setahun sekali jela ada masa nak bertemu saudara mara.
Sampai rumah mandi, solat terus pengsan tidur. Sedar tak sedar dah 5 lebih. Penat betul beraya. Bangun mandi dan solat terus masuk dapur rebus tulang dalam periuk noxxa nak masak sup tulang.
Kakak-kakak ajak pergi ke rumah mak saudara pupu. Sepupu arwah mak. Tengahari tu mereka ada kenduri tapi kami tak datang. Saja jela datang sebelah petang tu. Sekejap je kami ke situ.
Balik rumah masak dinner pulak. Menu sup tulang Cie masak, kakak Cie masak daging tetel masak lemak dan ada menu lain jugak lupa dah tak sempat snap gambar menu lain semua dah kelaparan dah.
Berakhir raya ke 3 Syawal. Nanti sambung sampai Syawal ke4 je sebab masih di kampung. Sempat la snap gambar rezeki duit raya tahun ni.
Yang kuning tu Faiz bagi. Yang putih anak buah bagi gaji pertama raya tahun ni dia dah bergaji. Tahun lepas masih menerima duit raya. Cie pulak memang bagi anak buah duit raya selagi tak kerja. Yang warna warni tu ada orang bagi.
Yang unik tu kakak ipar Cie buat untuk anak-anak buah dan cucunya je. Tapi rezeki Cie dia bagi jugak dapat la kat Cie. Kreatif kakak ipar Cie selain buat bunga boleh juga buat letak duit raya.







15 Ulasan
Selamat hari raya Cie.. tak sempat nak jenguk dan update blog...Kikiki..nanti spam terus gambar seminggu raya
BalasPadamCekodok pisang ke tu gambar atas.
BalasPadamTeringin pula nengok masakan asam rong daging tu.. ada tengok kat Majalah 3.
Selamat hari raya aidilfitri
BalasPadamselamat hari raya...masih beraya tu...kita dh keje arini
BalasPadamSelamat beraya..kunjung-mengunjung, irat silaturahim...bestnya dapat duit raye...
BalasPadamselamat hari raya Cie sekeluarga! ehh uniknya cantik!
BalasPadamAsam rong daging, wahh ini mesti lagi sedap
BalasPadamTeringin nak rasa asam rong daging....dah banyak kali baca di blog lain...
BalasPadamsaya suka mi kari! tapi kalau makan hari2 pun bosan jugaklah kan hehe
BalasPadamcutenya bunga cum duit raya tu! bestnya cie masih dpt duit raya, rezeki sgt tu! MZ thn ni tak de rezeki utk dpt dpt duit raya tp ok jer sbb dpt duit2 dari tmpt lain (kebetulan claim/honorarium masuk dlm akaun bank masa 30 ramadan tu so kira duit raya utk diri sendirilah tu hahahah)
BalasPadamAlhamdulilah seronok jalan2.
BalasPadamMakanan kampung mesti sedapkannn. Ada orang masakkan lagi seronok
Comel la sampul duit raya tu!
BalasPadamCuya ada nampak jugk org buat tutorial di TikTok sampul tu. Kecik jeee tapi kreatif
Seronok kan beraya kat kampung..
BalasPadamCCL ada buat mee kari juga raya ketiga
BalasPadamKak cie, minal Aidin wal Faizin, maaf jika ada salah2 kata dalam komentar saya selama ini yaaaa 🤗🤗.
BalasPadamBaru sempat lah nak BW lagi kak. Kemarin2 memang hectic Krn asisten rumah saya mudik 🤣. Sekarang happy, dah balik lagi si mba tersayang 😄.
Memang meriah kalau bisa raya di kampung. Krn macam tak habis2 saudara yg nak divisit. Kalau JKT nih tak usah tanyalah. Cuma sampai raya ke 2 kalau di kluarga saya. Sisanya dah macam balik normal kayak hari biasa. 😄
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.