Kembali ke rutin biasa masak menu dinner hari ni. Walaupun takde idea nak masak apa tetap la kena masak jugak.
Cie masak ayam butter garlic. Teringin pulak hari tu masa puasa rasanya 2 kali Cie masak menu ni. Anak-anak dan Faiz suka sangat. Kalau buat chicken wing lagi sedap. Ni macam-macam bahagian ada.
Ayam butter garlic tu takde kuah kering je. 2 beradik tu suka makan berkuah. Cie buat la telur mata kicap. Ada la kuah kicap tu. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi.
Sayur mesti kena ada dalam menu masakan. Cie masak kangkung goreng belacan. Kangkung pun dah kecut dalam fridge tu. Cie beli hari Sabtu, tak potong terus masuk dalam bahagian sayur tu. Tadi tengok dah kecut. Mujur la masih ok lepas dah cuci. Dah goreng pun ok.
Rendang daging kakak Cie buat raya ketiga tu ada lagi sikit. Cie simpan dalam fridge dan tadi panaskan. Terus habiskan jela ni tak banyak dah.
Sabtu hari tu beli tembikai susu dan anggur. Untuk dinner hari ni potong tembikai susu jela. Makan dengan asamboi memang sedap.


13 Ulasan
alhamdulillah, sedap2 belaka tu. MZ baru setel 3 ari puasa ganti...ada berbaki 4 hari lagi ni, nak kena gigih la sbb memang every year habiskan semua puasa dlm bln syawal
BalasPadamAkk baru mula puasa 6 hari ni...
BalasPadamSedap makan honey dew letak asam boi kan
Sedap kangkung goreng belacan.
BalasPadamTak pernah makan tebikai susu dengan asam boi... nak cubalah...
BalasPadammemang ibu ni rajin memasak..untuk keluarga..terbaik
BalasPadamKalau tabur kulit limau yang telah di blender kering lagi sedap buahnya.
BalasPadamWahhh sedappnya menu2 cie
BalasPadamAnak2 mesti suka kan kalu menu ayam
Ank cik nur la tu
kangkung goreng belacan tu sedappp
BalasPadamDah start masak dinner pula..hihi
BalasPadamTelur mata masak kicap ...Haa ni lauk paling simple tapi paling bahaya 😆
BalasPadamSekali buat, confirm nasi bertambah-tambah
Telur masak kicap... simple tapi sedap.
BalasPadamRasa mcm lama x goreng kangkung la...nak buat la nanti
BalasPadamKapanlah saya bisa period tak lama yaa 😄. Sebab pakai IUD tiap period jadi 10 hari lebih. Hutang puasa kali ini pun 10hari, baru dibayar 1. Tapi cuma IUD yg sesuai dengan saya, karena itu bertahan pakai ini walau period JD panjang.
BalasPadamEsok dah mulai belanja keperluan dapur lah, biar bisa masak lagi 😄. Masih kosong kulkas saya. Beberapa hari nih beli saja kalau lauk
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.