So tahun ni pertandingan ni diteruskan lagi. Bermula sebelum raya hari tu penjurian. Rasanya belum ada pengumuman lagi daerah mana yang menang. Kalau malam meriah la nampak lampu pelita meriah je.
Selalu kami lalu je malam-malam takdela singgah bergambar. Raya pertama hari tu cadangnya nak jugak bergambar tapi panas sangat dan terlalu ramai orang. Malas la nak ootd kalau ramai orang.
Kita dah la jenis selagi tak nampak cantik, selagi tak nampak kurus memang kena snap banyak kali. Mujur anak-anak dah besar rajin melayan ibu. Selepas balik dari open house kakak ipar kami terus pergi ke Pesta Pelita Raya tu. Takde orang pun so best la nak ber ootd.
Panas jugak tapi hentam jela. Sebelum geng majlis daerah tanggalkan semua deco tu. Taktau sampai bila mungkin dalam minggu depan mereka tanggalkan la kot. Sekarang ni masih mood raya.
Lepas la juga hajat nak bergambar kat situ. Takdela banyak sangat. Tapi boleh la buat koleksi ootd raya.






16 Ulasan
Menarik tu ada deko raya... boleh ootd.
BalasPadamTak jumpa pula kat sini.. kalau ada pun dalam mall je. Kat kampung ada gerbang raya je, mereka buat hiasan dan pasang lampu kelip-kelip.
nice la OOTD cie! view dan background pun lawaaa
BalasPadamSelamat Hari Raya Cie! Kita baru nak bw hari ni 🤭
BalasPadamNice, ada tempat OOTD. Tahun ni saya tak dan nak OOTD. Tak tau la, faktor usia ke apa. Kalau orang snap gambar tak lawa kat mata saya, saya abaikan je dan tak post sbb malas nak ambik gambar lagi sekali 😂
ada props and tmpt menarik deco mmg best la OOTD
BalasPadamNice la deco dia =)
BalasPadamDeco menarik...kalau ada pengumuman nati share ye...cantik baju Cie..akak suka kaler light2 macam tu
BalasPadamLawalah baju Cie. Kebaya, tapi longgar. Siap dengan aksesorinya. Ayu je. 👍
BalasPadamTempat pun cantik. Sini pun ada kampung yang ada hiasan pelita di malam hari. Sampai ke pagi, masih menyala pelitanya, sebab pelita dari buluh.
Wahhh.. baguslah ada pertandingan macam ni. Tambah meriah, agaknya daerah manalah yg menang tu? Mesti semua cantik² sampai lambat nak dapat keputusan, hihi. Selamat Hari Raya Cie.
BalasPadamBackgroundnya pun cantik, nampak menarik.
BalasPadamCantik pondok² ootd raya ..ala-ala klasik
BalasPadamAnak-anak sporting ambil gambar ibu tersayang kan..gambar ni kenangan nanti di blog..
BalasPadamKomen saya tak berganjak kan..tetap 3 ..tak apa lah..
BalasPadamwah ada pertandingan pelita lagi. Kalau kat muar kat jalan daud meriah pasang pelita kat padang dia. Tapi dah lama tak merayau malam-malam kat bandar muo tak tahu le ada ke tidak tahun ni.
BalasPadamkalau sy pun nak tumpang ootd kat situ jg ;-)
BalasPadamNasib baik anak² melayan..kalau anak Linda, ada mood kalau nak disuruh ambilkan gambar..
BalasPadamTapi, kalau menyelit dalam gambar, dia suka..hahaha
Sukaaa liat baju yg kakak pakai.
BalasPadamTempat begini bagi yg suka foto pastilah senang utk foto ootd. Suami saya termasuk yg senang sangat kalau dah diminta berpose 😂😂. Beda dengan saya,kalau bisa jangan ada foto hahahah . Memang kurang suka saja berfoto. 😄.mungkin sebab tak fotogenik
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.