Rumah Terbuka Kakak Ipar 28 Mac 2026

28 Mac kakak ipar (kakak sulung Faiz) buat open house. Mula pukul 10 pagi. Kami datang selepas Zuhur dalam pukul 2 baru sampai ke rumahnya. 

Takde tetamu dah pun. Cuma ada keluarga kakak ipar, abang ipar kedua, abang ipar ketiga dengan anak dan isterinya. Faiz ada 4 beradik je. Faiz yang keempat. Sorang je perempuan adik beradik Faiz. 




Bergambar dengan 2 orang cucu perempuan. Anak kepada anak saudara sulung Faiz. Belah Faiz 2 orang je cucu. Comel je pakai instant shawl. Anak saudara Faiz pulak ada 6 orang. 




Kakak sulung Faiz ada 4 orang anak. Sorang je perempuan. Dia ada anak kembar yang ketiga dan keempat tu lelaki. Cucu 2 orang. Menantu 2 orang.

Abang kedua Faiz ada 2 orang anak sepasang lelaki dan perempuan. Abang ketiga Faiz ada sorang je anak perempuan. Faiz 2 anak perempuan. Adik beradik ramai lelaki, anak buah dan cucu ramai perempuan. 

Kalau belah Cie ramai. Anak buah je ada 20+ semuanya. Cucu pulak 6 nak masuk 7 orang. Cie puk ramai adik beradik ada 8 orang. Kalau berkumpul semua dah macam kenduri la. 

Siap makan borak-borak kejap kami pun gerak balik. Lepas kami tu ada kawan-kawan anak buah pulak nak datang. Ingatkan kami dah penutup majlis rupanya ada lagi yang lain.

Sempat juga singgah bergambar kat Pelita Raya Kuala Lipis. Next entri la Cie share gambar.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. waahhh siap ada panipuri ye tp Cie x sempat merasa dah habis licin ye? ehehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Dapat makan sedap di open house raya, dan jumpa sedara mara, ipar duai, anak buah. 👍 Masa raya je, dapat jumpa, kan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah seronok sesekali ada open house kan. Makan pon sedap2

    BalasPadam
  4. Cuya pon baru saja balik drpd open house. Rumah sendiri je tak cukup kaki tangan nk buat open house. Hehe

    BalasPadam
  5. Sedap menu makanannya, tengok air merah tu terliur pulak.

    BalasPadam
  6. Sama dgn Akk, belah Akk ramai anak saudara & cucu saudara. Belah husband baru peringkat anak saudara, belum ada cucu saudara.

    Meriah menunya.

    BalasPadam
  7. Jangan la up gambar sirap cuaca panas2 ni... geram tengok

    BalasPadam
  8. Tak nampak muka adik..hehehe..selamat menjammu selera...

    BalasPadam
  9. uishh.. siap ada panipuri lagi. Macam-macam menu nya tu.

    BalasPadam
  10. Menarik ada menu panipuri...seronok ada open house kan..akak ada yang dapat pi dan ada yang x pergi...

    BalasPadam
  11. Banyak juga juadah yang ada . Seminggu raya nii banyak rumah open house raya ..

    BalasPadam
  12. Seronok kan kalau dapat berjumpa macam ni walaupun hanya raya je. Akak adik beradik ramai perempuan. Tapi anak saudara dan cucu saudara ramai lelaki.

    BalasPadam
  13. wahhh byk juga ya juadah yg disediakan...
    tetamu beruntung dpt mkn sedap2 ;-)

    BalasPadam
  14. Aiiiih kalau keponakan ramai begitu, jujur saya susah ingat nama hahahahah. Keponakan yg skr saja, sebagian saya tak ingat, apalagi memang banyak 😄😄. Samalah kita kak, keluarga besar. Tp keluarga besar begini yg seru, karena tiap berkumpul jadi ramai

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.