Sarapan Di Kedai Selepas Ramadan

Pagi tadi selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan maka nya kita bersarapan di Kopi Stesen. Keluar dah lambat tadi bila tanya anak-anak nak makan apa jawapannya Kopi Stesen. 


Kami sampai tadi dah pukul 9 lebih. Kedai tak penuh sangat. Banyak juga meja kosong. Sebelum puasa hari tu bersarapan di situ kemain ramai orang. Hari ni lengang. Maybe ramai orang dah puasa dan jamuan raya agaknya.


Macam biasa kalau sarapan di Kopi Stesen ni mesti ada roti bakar. Anak-anak nasi lemak la. Faiz order roti jantan. Roti jantan tu roti titab kot cuma dia tukar nama je. Air pulak kopi o ais untuk Cie, teh o panas Faiz, teh o ais kakak Raisha dan air botol aiskrim soda adik Rania.





Lepas siap sarapan kami terus ke BS Freshmart beli barang dapur. Nak cari cadbury nak repeat buat tart cadbury takdela pulak yang peket 30pcs dan botol tu. Singgah Mini Ria tadi pun takde. Ramai orang beli kot buat tart cadbury. 

Hari tu bawak balik kampung dah habis. Yang kat rumah ni pun dah tinggal sikit. Staf Cie tanya ada lagi ke tart mereka nak beraya tu yang Cie nak repeat buat. Nanti la cari minggu depan kot ada.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. uii...terliur tengok sarapan depa ..😍

    BalasPadam
  2. selamat hari raya Cie. sarapan yg sedap2

    BalasPadam
  3. Haaa.. tart cadbury yg akak beli budak berdua tu yang makan.. sedap katanya... sebelum raya dah habis 1/2 balang.

    BalasPadam
  4. Sarapan roti bakar, sedap. Nampak rangup ayam goreng nasi lemak tu.

    BalasPadam
  5. Biasa sehari sebelum puasa ramai orang makan di kedai macam kitorang makan lewat tengahari masih ramai orang.
    Bagusnya Cie tambah biskut apabila rakan sekerja tanya. Harap-harap jumpa.

    BalasPadam
  6. Sedapnya roti bakar ...
    Laku keras tart Cadbury Cie tu...

    BalasPadam
  7. Aduhai. Meriah betul tgk roti titab tu...Mcm byk je kaya tu =D

    BalasPadam
  8. sedap2 belaka tu!! pg semlm pun MZ dan mr hubby gi tapau bf kat our fav staff (MZ craving nasi kerabu)

    BalasPadam
  9. Dasyat nama roti jantan. Org perempuan boleh makan tak? Hahaha

    BalasPadam
  10. Seronok dapat lepas gian mengopi di luar. Haritu Cuya pergi Zus kemain ramai lgi org. Orang beraya di Zus agaknya

    BalasPadam
  11. Dapat minum kopi ais musim panas ni memang sedap.

    BalasPadam
  12. Bab makanan ni macam2 bentuk dan cara sajian kan..nampak unik..

    BalasPadam
  13. Kat Seremban x banyak kedai yang buka lagi...so port melepak very the limited.yang franchise je buka tapi jenuh la orang ramai..Kopi Saigon tu x ramai...

    BalasPadam
  14. Jadi penasaran pula kenapa dikasih nama roti jantan 😄. Ini pasti suami saya sukaaaa, sebab dia memang suka telur setengah matang begitu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.