Menu Dinner 30 Mac 2026

Minggu ni masih tak boleh start puasa lagi. Rabu atau Khamis nanti boleh la start semula puasa kot. Ada lagi 5 hari nak kena settle. 

Kembali ke rutin biasa masak menu dinner hari ni. Walaupun takde idea nak masak apa tetap la kena masak jugak. 


Cie masak ayam butter garlic. Teringin pulak hari tu masa puasa rasanya 2 kali Cie masak menu ni. Anak-anak dan Faiz suka sangat. Kalau buat chicken wing lagi sedap. Ni macam-macam bahagian ada.

Ayam butter garlic tu takde kuah kering je. 2 beradik tu suka makan berkuah. Cie buat la telur mata kicap. Ada la kuah kicap tu. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. 

Sayur mesti kena ada dalam menu masakan. Cie masak kangkung goreng belacan. Kangkung pun dah kecut dalam fridge tu. Cie beli hari Sabtu, tak potong terus masuk dalam bahagian sayur tu. Tadi tengok dah kecut. Mujur la masih ok lepas dah cuci. Dah goreng pun ok.

Rendang daging kakak Cie buat raya ketiga tu ada lagi sikit. Cie simpan dalam fridge dan tadi panaskan. Terus habiskan jela ni tak banyak dah.

Sabtu hari tu beli tembikai susu dan anggur. Untuk dinner hari ni potong tembikai susu jela. Makan dengan asamboi memang sedap. 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. alhamdulillah, sedap2 belaka tu. MZ baru setel 3 ari puasa ganti...ada berbaki 4 hari lagi ni, nak kena gigih la sbb memang every year habiskan semua puasa dlm bln syawal

    BalasPadam
  2. Akk baru mula puasa 6 hari ni...
    Sedap makan honey dew letak asam boi kan

    BalasPadam
  3. Sedap kangkung goreng belacan.

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan tebikai susu dengan asam boi... nak cubalah...

    BalasPadam
  5. memang ibu ni rajin memasak..untuk keluarga..terbaik

    BalasPadam
  6. Kalau tabur kulit limau yang telah di blender kering lagi sedap buahnya.

    BalasPadam
  7. Wahhh sedappnya menu2 cie
    Anak2 mesti suka kan kalu menu ayam
    Ank cik nur la tu

    BalasPadam
  8. kangkung goreng belacan tu sedappp

    BalasPadam
  9. Dah start masak dinner pula..hihi

    BalasPadam
  10. Telur mata masak kicap ...Haa ni lauk paling simple tapi paling bahaya 😆
    Sekali buat, confirm nasi bertambah-tambah

    BalasPadam
  11. Telur masak kicap... simple tapi sedap.

    BalasPadam
  12. Rasa mcm lama x goreng kangkung la...nak buat la nanti

    BalasPadam
  13. Kapanlah saya bisa period tak lama yaa 😄. Sebab pakai IUD tiap period jadi 10 hari lebih. Hutang puasa kali ini pun 10hari, baru dibayar 1. Tapi cuma IUD yg sesuai dengan saya, karena itu bertahan pakai ini walau period JD panjang.

    Esok dah mulai belanja keperluan dapur lah, biar bisa masak lagi 😄. Masih kosong kulkas saya. Beberapa hari nih beli saja kalau lauk

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.