Kami sampai tadi dah pukul 9 lebih. Kedai tak penuh sangat. Banyak juga meja kosong. Sebelum puasa hari tu bersarapan di situ kemain ramai orang. Hari ni lengang. Maybe ramai orang dah puasa dan jamuan raya agaknya.
Macam biasa kalau sarapan di Kopi Stesen ni mesti ada roti bakar. Anak-anak nasi lemak la. Faiz order roti jantan. Roti jantan tu roti titab kot cuma dia tukar nama je. Air pulak kopi o ais untuk Cie, teh o panas Faiz, teh o ais kakak Raisha dan air botol aiskrim soda adik Rania.
Lepas siap sarapan kami terus ke BS Freshmart beli barang dapur. Nak cari cadbury nak repeat buat tart cadbury takdela pulak yang peket 30pcs dan botol tu. Singgah Mini Ria tadi pun takde. Ramai orang beli kot buat tart cadbury.
Hari tu bawak balik kampung dah habis. Yang kat rumah ni pun dah tinggal sikit. Staf Cie tanya ada lagi ke tart mereka nak beraya tu yang Cie nak repeat buat. Nanti la cari minggu depan kot ada.


17 Ulasan
uii...terliur tengok sarapan depa ..😍
BalasPadamselamat hari raya Cie. sarapan yg sedap2
BalasPadamHaaa.. tart cadbury yg akak beli budak berdua tu yang makan.. sedap katanya... sebelum raya dah habis 1/2 balang.
BalasPadamSarapan roti bakar, sedap. Nampak rangup ayam goreng nasi lemak tu.
BalasPadamklasiknya sarapan depa
BalasPadamBiasa sehari sebelum puasa ramai orang makan di kedai macam kitorang makan lewat tengahari masih ramai orang.
BalasPadamBagusnya Cie tambah biskut apabila rakan sekerja tanya. Harap-harap jumpa.
Sedapnya roti bakar ...
BalasPadamLaku keras tart Cadbury Cie tu...
Aduhai. Meriah betul tgk roti titab tu...Mcm byk je kaya tu =D
BalasPadamsedap2 belaka tu!! pg semlm pun MZ dan mr hubby gi tapau bf kat our fav staff (MZ craving nasi kerabu)
BalasPadamDasyat nama roti jantan. Org perempuan boleh makan tak? Hahaha
BalasPadamSeronok dapat lepas gian mengopi di luar. Haritu Cuya pergi Zus kemain ramai lgi org. Orang beraya di Zus agaknya
BalasPadamDapat minum kopi ais musim panas ni memang sedap.
BalasPadamBab makanan ni macam2 bentuk dan cara sajian kan..nampak unik..
BalasPadam*typo: fav stall
BalasPadamKat Seremban x banyak kedai yang buka lagi...so port melepak very the limited.yang franchise je buka tapi jenuh la orang ramai..Kopi Saigon tu x ramai...
BalasPadamWahh nak repeat buat tart cadbury ...
BalasPadamJadi penasaran pula kenapa dikasih nama roti jantan 😄. Ini pasti suami saya sukaaaa, sebab dia memang suka telur setengah matang begitu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.