Menu berbuka hari ni Cie masak menu meriah jugak la. Biasa la kalau time rajin ada la beberapa menu terhidang. Kalau malas tu cukup lauk sejenis, sayur dan buah. Tapi sekarang ni Cie suka masak 2 protein. Sayur dan buah pun wajib ada.
2 menu protein hari ni Cie masak siakap goreng sos thai dan telur dadar. Selalunya Faiz beli telur sepapan jadinya memang kerap la menu telur. Lama-lama sangat telur tu nanti jadi tercampur dan kuning dan putih. Bila nak buat telur mata jadi pecah telur putih tu.
Siakap goreng sos thai ni memang kegemaran anak-anak. Cie pun suka jugak senang je nak masak. Ikan tu Cie gaul dengan tepung jagung lepas tu goreng garing. Buat kuah pun senang je tumis bawang putih, bawang holland dan akad daun ketumbar.
Bila dah naik bau dan kekuningan sikit terus masuk sos thai dan air serta sedikit perencah. Kalau ada tomato dan daun ketumbar boleh la masukkan juga. Tu jela senang je.
Peria ada lagi setengah biji balance yang Cie goreng taucu semalam. Cie buat peria celup tepung. Kakak Raisha suka juga makan hari tu pertama kali cuba dia cakap sedap. Cendawan tiram pun Cie buat celup tepung jugak. Cie guna tepung bestari jadi tak perlu tambah apa-apa dah.
Timun pun ada lagi sikit Cie potong jela nak habiskan je. Faiz beli 2 biji hari tu besar jugak. Habiskan yang ni, ada lagi sebiji. Cukup la untuk sepanjang minggu ni ulam timun jela.
Buah anggur dan tembikai susu pun ada untuk melengkapkan menu berbuka hari ni. 2 jenis buah ni jela beli minggu lepas. Tak banyak jenis buah yang ada pun.


22 Ulasan
Meriahnya masakan Cie untuk berbuka puasa. KSarie tumpang rasa terliur tengok gambar makanan tu. Semoga sukses puasa 6 untuk tahun ini ye
BalasPadamsama je kak menu dinner cie pun gitu time rajin. hihihhi
PadamI like peria cam tu... ratah pun ons!
BalasPadamye sedap tak pahit.
PadamNasib baik baca malam Cie. Sedapnya ikan siakap tu Cie. Moga Cie selesai puasa gantinya. Nak masuk hari ketiga 2 April nanti. Insya Allah.
BalasPadamsedap kak try buat nanti.
PadamAlhamdulillah..doakan Linda sempat juga buat puasa 6 ni..tak mula lagi..
BalasPadamInsyaAllah sempat ada lagi separuh Syawal.
PadamtAHNIAH ..PUASA DAH 6 DAH PENUH AGAKNYA KAN,...
BalasPadambaru hari kedua tu cikgu belum penuh lagi la. hihihhi
PadamSaya baru satu puasa 6 ni..ada lagi 5..kemarin beroperang dengan nafsu makan minum dan sebagainya
BalasPadamCie dah start puasa 6, saya belum start lagi sbb balik dari kampung terus sakit tekak dan selsema pulak. Dah elok selsema, tup2 uzur 😅 Insha Allah klu takde aral minggu depan nak start puasa 6 teman anak2 ganti puasa jugak.
BalasPadamfav menu siakap tu
BalasPadamSelamat berpuasa Cie.
BalasPadamSebelum raya ritu akak beli peria 2 biji, lambat sangat masak, tak elok dah. Kadang beria beli, masaknya belum tentu huhu
Sedap menunya, lengkap pulak segala nutrisi. Telur lately ni macam kurang elok, cepat sangat telur kuning jadi cair.
BalasPadamtrliur tgk siakap tu =)
BalasPadamkebetulan ptg semlm pun MZ masak siakap jugak..buat masak merah jer (bercili)
BalasPadamKalau goreng-goreng guna tepung bestari memang tak yah tambah apa dah.. Sedap ja..
BalasPadamSelamat berpuasa 6 kak. Cuya baru sempt sehari hehe
BalasPadamSaya nak buat pare celup tepung lupa2 terus 😄😄. Penasaran rasanya. Selama ini sukaaa sangat pare, tp makan mentah dengan sambal belacan, atau ditumis pedas. Blm pernah dimasak celup tepung
BalasPadamAlhamdulillah... kenyanggg sng hati dah selesai 2 hari
BalasPadamsaya terpaksa tak puasa hari jumaat 3.4..adik lelaki open house..sedih ni..orang kata puasa 6 berterusan tu yang best ganjaranNya..terlepas
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.