Menu Berbuka Puasa Ganti Dan Puasa Enam: Hari Kedua

Hari ni kembali menyambung puasa ganti dan puasa 6 yang tertangguh minggu lepas. Kiranya hari kedua la hari ni. Macam biasa pagi tadi sahur ESP Coklat dan Performance Drink Orange. 

Menu berbuka hari ni Cie masak menu meriah jugak la. Biasa la kalau time rajin ada la beberapa menu terhidang. Kalau malas tu cukup lauk sejenis, sayur dan buah. Tapi sekarang ni Cie suka masak 2 protein. Sayur dan buah pun wajib ada.


2 menu protein hari ni Cie masak siakap goreng sos thai dan telur dadar. Selalunya Faiz beli telur sepapan jadinya memang kerap la menu telur. Lama-lama sangat telur tu nanti jadi tercampur dan kuning dan putih. Bila nak buat telur mata jadi pecah telur putih tu.

Siakap goreng sos thai ni memang kegemaran anak-anak. Cie pun suka jugak senang je nak masak. Ikan tu Cie gaul dengan tepung jagung lepas tu goreng garing. Buat kuah pun senang je tumis bawang putih, bawang holland dan akad daun ketumbar.

Bila dah naik bau dan kekuningan sikit terus masuk sos thai dan air serta sedikit perencah. Kalau ada tomato dan daun ketumbar boleh la masukkan juga. Tu jela senang je.

Peria ada lagi setengah biji balance yang Cie goreng taucu semalam. Cie buat peria celup tepung. Kakak Raisha suka juga makan hari tu pertama kali cuba dia cakap sedap. Cendawan tiram pun Cie buat celup tepung jugak. Cie guna tepung bestari jadi tak perlu tambah apa-apa dah.

Timun pun ada lagi sikit Cie potong jela nak habiskan je. Faiz beli 2 biji hari tu besar jugak. Habiskan yang ni, ada lagi sebiji. Cukup la untuk sepanjang minggu ni ulam timun jela.

Buah anggur dan tembikai susu pun ada untuk melengkapkan menu berbuka hari ni. 2 jenis buah ni jela beli minggu lepas. Tak banyak jenis buah yang ada pun. 


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Meriahnya masakan Cie untuk berbuka puasa. KSarie tumpang rasa terliur tengok gambar makanan tu. Semoga sukses puasa 6 untuk tahun ini ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama je kak menu dinner cie pun gitu time rajin. hihihhi

      Padam
  2. I like peria cam tu... ratah pun ons!

    BalasPadam
  3. Nasib baik baca malam Cie. Sedapnya ikan siakap tu Cie. Moga Cie selesai puasa gantinya. Nak masuk hari ketiga 2 April nanti. Insya Allah.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..doakan Linda sempat juga buat puasa 6 ni..tak mula lagi..

    BalasPadam
  5. tAHNIAH ..PUASA DAH 6 DAH PENUH AGAKNYA KAN,...

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru hari kedua tu cikgu belum penuh lagi la. hihihhi

      Padam
  6. Saya baru satu puasa 6 ni..ada lagi 5..kemarin beroperang dengan nafsu makan minum dan sebagainya

    BalasPadam
  7. Cie dah start puasa 6, saya belum start lagi sbb balik dari kampung terus sakit tekak dan selsema pulak. Dah elok selsema, tup2 uzur 😅 Insha Allah klu takde aral minggu depan nak start puasa 6 teman anak2 ganti puasa jugak.

    BalasPadam
  8. Selamat berpuasa Cie.
    Sebelum raya ritu akak beli peria 2 biji, lambat sangat masak, tak elok dah. Kadang beria beli, masaknya belum tentu huhu

    BalasPadam
  9. Sedap menunya, lengkap pulak segala nutrisi. Telur lately ni macam kurang elok, cepat sangat telur kuning jadi cair.

    BalasPadam
  10. kebetulan ptg semlm pun MZ masak siakap jugak..buat masak merah jer (bercili)

    BalasPadam
  11. Kalau goreng-goreng guna tepung bestari memang tak yah tambah apa dah.. Sedap ja..

    BalasPadam
  12. Selamat berpuasa 6 kak. Cuya baru sempt sehari hehe

    BalasPadam
  13. Saya nak buat pare celup tepung lupa2 terus 😄😄. Penasaran rasanya. Selama ini sukaaa sangat pare, tp makan mentah dengan sambal belacan, atau ditumis pedas. Blm pernah dimasak celup tepung

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah... kenyanggg sng hati dah selesai 2 hari

    BalasPadam
  15. saya terpaksa tak puasa hari jumaat 3.4..adik lelaki open house..sedih ni..orang kata puasa 6 berterusan tu yang best ganjaranNya..terlepas

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.