Cie masak ayam goreng je. Faiz potong kecil-kecil ayam tu ada bahagian isi sikit, ada tulang sikit. Kalau potong kecil macam ni sama ada buat goreng kunyit, tomyam atau sup.
Cie perap ayam tu sekejap je tadi dalam 5 minit je kot. Tumbuk bawang putih lepas tu gaul dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam, tepung jagung dan rempah sangai. Gaul sebati dan perap sekejap.
Rempah sangai tu Cie memang buat stok je. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar sangai kering lepas tu blend kering. Boleh guna untuk masak nasi arab juga.
Telur sambal Cie buat 3 biji. Masak dalam pan Masaki tu terus hidang je atas meja. Senang kerja. Sambal telur ni memang kegemaran orang dalam rumah ni.
Sayur dah takde. Yang ada timun dan tomato ceri je. Cie je peminat sayur. Yang lagi 3 beranak tu tak minat sangat. Cie memang kena ada sayur.
Buah pun dah habis. Tadi lepas masak keluar sekejap singgah 7E Cafe beli sandwich kegemaran. Adik Rania ada kem awal pagi dah kena keluar esok. Cie masih puasa esok dan kakak Raisha pun nak puasa so boleh la panaskan sandwich buat sahur dan sarapan adik Rania.
Cie beli juga onigiri. Bila puasa ni kan semua nampak sedap. Beli la jugak seketul onigiri. Nanti share la dengan adik Rania.
Singgah juga Mini Ria beli buah tembikai, anggur dan coklat Cadbury dah kebetulan ada tadi terus beli. Cie nak repeat buat tart cadbury weekend ni. Minggu lepas takde stok coklat tu.


9 Ulasan
Uncle selalu beli sandwich 7e... simple dan kenyang!
BalasPadamdh lama MZ tak singgah 7-e..ptg td singgah tapau dinner kat ayam gepuk pak gembus jer
BalasPadamJumaat selalu kekeringan idea nak masak kan... . Akk pun jenis suka sayur & buah, x lengkap rasa makan takde sayur
BalasPadamAlhamdulillah, dah setel 4 hari puasa 6. Saya tak start lagi ni 😅 kita sama, mesti ada sayur atas meja.
BalasPadamSelamat berpuasa 6...
BalasPadamSaya Minggu esok dah bisa start puasa lagi. Mau cepat selesaikan hutang puasa tahun ini. Biar tenang 😄. Kita sama kak, kalau sayur nih memang wajib adalah. Saya mungkin krn dipaksa mama dari kecil makan sayur, jadi saat besar memang jadi sukaa. Sayur pahit sekalipun, saya suka juga.
BalasPadamTu diaa..... sampai habis coklat Cadbury atas rak penangan biskut Cadbury.
BalasPadamalhamdulillah..saya puasa ke 3 syawal saya masak sendiri..Ya Allah payahnya nak masak bangun jam 3 , nasi tak ada ..habis di makan kawan2 anak datang malam2 ..adui..hehehe
BalasPadamAkak x mula lagi ni...moga dipermudahkan untuk esok la...minggu ni kena puasa 3 hari...Jumaat ada company punya raya celebration...lepas tu minggu depan 3 hari termasuk puasa ganti 1 hari
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.