Cie masak ayam goreng berlado. Rumah ni memang menu ayam je banyak. Semua orang makan. Ayam berlado ni kegemaran anak-anak.
Buat tambah lauk Cie goreng telur dadar jugak. Tambahan protein untuk hidangan. Terlupa tadi nak buat telur rebus je. Boleh masuk sekali ayam berlado. Tak teringat.
Sayur pulak plan nya nak buat taufu telur. Nak gaul tepung jagung dan goreng. Lepas tu nak masuk dalam sayur campur. Sekalinya taufu tu dah lembik. Expired 13 April. Masih boleh makan. Entahla kenapa. Nak buang rugi jadinya campur jela dalam sayur campur tu. Ada kobis panjang, cendawan shitake, bunga kobis dan carrot. Timun pun ada buat ulam. Nak habiskan yang minggu lepas.
Meriah buah minggu ni. Semalam beli tembikai merah dan anggur masih ada lagi. Untuk hari ni tembikai asamboi dan kulit limau. Masa beli barang tadi Cie beli buah naga dan jambu batu. On the way balik rumah pulak Faiz singgah tepi jalan beli buah mata kucing dan kundang. Entahla berapa ringgit tu tak menanya.
Lepas siap masak ke Familymart dan Zus. Kakak Raisha kata teringin nak oden. Cie pun order la Zus sebaris je kedainya. Malam nanti baru nak makan oden katanya. Cie beli Spanish Latte. Minum Zus takpe malam takde segar mata. Boleh je tidur. Kalau latte 7E memang cerah mata la kalau minum malam.
Selamat berbuka buat yang puasa hari ni.




13 Ulasan
Alhamdulillah...best nak habis dah tu..kita pun dah masuk separuh bulan raya..boleh la nak stat pelan²
BalasPadamallhamdulillah... sedap menunya... dah nk habis puasa sunat seronoknya...
BalasPadamSekarang musim kundang agaknya ye... Nampak juga org jual dekat sini
BalasPadamwaaa dh nak abih tu cie puasa...bestnyaaa MZ lambat lagi ni nak abih ABC..lps tu baru boleh sambung puasa
BalasPadamehh sama la dengan kat rumah pun ada kundang yang suami beli dan buah mata kucing yang abg ipar bawa dua hari lepas. Memang musim kundang rasanya, buahnya pun manis sungguh
BalasPadamAlhamdulillah udah hampir selesai puasa enam ye💪KSarie entah bila hendak mula puasa ni ye😅
BalasPadamNasib baik tiada undangan raya untuk Cie boleh puasa.
BalasPadamMacam-macam buah ada.
Samalah.. rumah ini pun kalau menu ayam laju je habis.. kalau yg lain tu susah benar nk tgk depa makan.. sukur alhamdulillah nak selesai dah puasa 6 syawal..
BalasPadamAdui..saya baru masuk 4..saya cemburulah dah nak berakhir 6 puasa tu..gigihnya ..alhamdulillah
BalasPadamDah musim buah kundang eh.. nak pi cari lah.
BalasPadamooo ada beza eh kadar mengantuk kalau minum latte 7E & ZUS
Seronoknya dah nak habis dah..
BalasPadamBesok JD teringin beli Oden untuk buka puasa 😄. Saya baru 1 puasa Syawal. Esok kedua. Semoga bisa habis sampai 6 hari.
BalasPadamAmmi baru buat sehari je tup tup demam sakit tekak selsema bagai. Ni belum mula pun lagi.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.