Menu Berbuka Puasa Ganti Dan Puasa Enam Hari Kelima

Lagi sehari je dah tinggal Cie puasa ganti dan puasa 6. Hari ni dah hari ke5. Sekejap je masa berlalu. Selesai awal lega dah tak payah fikir. Kakak Raisha join jugak puasa hari ni. Hujung minggu nak la dia puasa. Kalau hari sekolah taknak.


Cie masak ayam goreng berlado. Rumah ni memang menu ayam je banyak. Semua orang makan. Ayam berlado ni kegemaran anak-anak. 

Buat tambah lauk Cie goreng telur dadar jugak. Tambahan protein untuk hidangan. Terlupa tadi nak buat telur rebus je. Boleh masuk sekali ayam berlado. Tak teringat. 

Sayur pulak plan nya nak buat taufu telur. Nak gaul tepung jagung dan goreng. Lepas tu nak masuk dalam sayur campur. Sekalinya taufu tu dah lembik. Expired 13 April. Masih boleh makan. Entahla kenapa. Nak buang rugi jadinya campur jela dalam sayur campur tu. Ada kobis panjang, cendawan shitake, bunga kobis dan carrot. Timun pun ada buat ulam. Nak habiskan yang minggu lepas.

Meriah buah minggu ni. Semalam beli tembikai merah dan anggur masih ada lagi. Untuk hari ni tembikai asamboi dan kulit limau. Masa beli barang tadi Cie beli buah naga dan jambu batu. On the way balik rumah pulak Faiz singgah tepi jalan beli buah mata kucing dan kundang. Entahla berapa ringgit tu tak menanya.


Lepas siap masak ke Familymart dan Zus. Kakak Raisha kata teringin nak oden. Cie pun order la Zus sebaris je kedainya. Malam nanti baru nak makan oden katanya. Cie beli Spanish Latte. Minum Zus takpe malam takde segar mata. Boleh je tidur. Kalau latte 7E memang cerah mata la kalau minum malam.



Selamat berbuka buat yang puasa hari ni. 


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah...best nak habis dah tu..kita pun dah masuk separuh bulan raya..boleh la nak stat pelan²

    BalasPadam
  2. allhamdulillah... sedap menunya... dah nk habis puasa sunat seronoknya...

    BalasPadam
  3. Sekarang musim kundang agaknya ye... Nampak juga org jual dekat sini

    BalasPadam
  4. waaa dh nak abih tu cie puasa...bestnyaaa MZ lambat lagi ni nak abih ABC..lps tu baru boleh sambung puasa

    BalasPadam
  5. ehh sama la dengan kat rumah pun ada kundang yang suami beli dan buah mata kucing yang abg ipar bawa dua hari lepas. Memang musim kundang rasanya, buahnya pun manis sungguh

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah udah hampir selesai puasa enam ye💪KSarie entah bila hendak mula puasa ni ye😅

    BalasPadam
  7. Nasib baik tiada undangan raya untuk Cie boleh puasa.
    Macam-macam buah ada.

    BalasPadam
  8. Samalah.. rumah ini pun kalau menu ayam laju je habis.. kalau yg lain tu susah benar nk tgk depa makan.. sukur alhamdulillah nak selesai dah puasa 6 syawal..

    BalasPadam
  9. Adui..saya baru masuk 4..saya cemburulah dah nak berakhir 6 puasa tu..gigihnya ..alhamdulillah

    BalasPadam
  10. Dah musim buah kundang eh.. nak pi cari lah.
    ooo ada beza eh kadar mengantuk kalau minum latte 7E & ZUS

    BalasPadam
  11. Besok JD teringin beli Oden untuk buka puasa 😄. Saya baru 1 puasa Syawal. Esok kedua. Semoga bisa habis sampai 6 hari.

    BalasPadam
  12. Ammi baru buat sehari je tup tup demam sakit tekak selsema bagai. Ni belum mula pun lagi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.