Berbuka IF pun 2 petang kemain lama Cie IF dah 18 jam. Masa ambil adik Rania, Faiz beli burger Malaysia dan roti sosej. Adik Rania makan la seketul roti sosej tu. Burger Malaysia dia taknak. Tanya kakak Raisha pun taknak burger tu. 5 ketul ye korang Cie kena habiskan sebab anak-anak taknak makan.
Nak marah jugak kat Faiz main beli je anak taknak makan. Katanya dah takde makanan lain dah tempat dia beli tu. Macam la tak boleh cari tempat lain. On the way balik rumah terus singgah gerai tepi jalan tu kakak Raisha beli nasi ayam.
Hancus kalori i makan punya la banyak burger Malaysia tu. Nak buang kang bazir pulak kan. Cie buat kalori defisit. So kena kurangkan pengambilan kalori. Dah macam terlebih pulak kan. Sia-sia la IF 18 jam hari ni. Huhu. Takpela ada masa sebulan nak turunkan 3.5kg ni. Target Cie la ni. Harapnya berjaya banyak dugaan dan cabaran ni.
Hari ni off kitchen. Petang tadi pukul 5 kena hantar adik Rania ada latihan sukan kat sekolah. Katanya sampai 7pm. Cie balik rumah mandi dan solat. Sempat la vacuum rumah kejap. Lepas tu 5 lebih ajak kakak Raisha keluar ke kedai Abe Joe Cafe nak tapau makanan. Masa tu dah hujan. Tu yang Cie keluar awal nak terus pick up adik Rania kat sekolah. Sure takde latihan sukan dah hujan.
Cie tapau nasi goreng udang untuk adik Rania, untuk kakak Raisha nasi goreng seafood dan untuk Cie kuetiau kantonis. Sama je dengan kuetiau kungfu. Total semua RM25.50. Siap je tapau terus ke sekolah adik Rania.
Sampai depan sekolah tengok ada yang dah balik. Tunggu je sekejap. Tak lama tu ada adik Rania keluar. Katanya dia duduk kat pondok tepi pagar tu yang nampak Cie dah sampai. Masa tu dah 6 lebih. Nasib baik la Cie keluar awal. Kalau pukul 7 ambil memang mereput la budak tu kat sekolah. Masa tu hujan dah stop. Ramai dah budak balik.


3 Ulasan
Moga tercapai la target nak turunkan 3.5kg tu .
BalasPadamLinda malas nak target apa² sekarang, cuma makan sikit² je lah..
Lama IF nya.
BalasPadamSemoga berjaya capai target
Lama IF nya.
BalasPadamSemoga berjaya capai target
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.