Resepi Chicken Wrap

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Tiba-tiba kerajinan melanda petang tadi nak masak-masak. Simple je kalau daku masak. Campak-campak je siap. Yang kali nih gulung-gulung dan potong. Ready to eat. Hihi.

Tiba-tiba teringat kat KFC Cheesy BBQ Meltz masa kerja kat KFC Genting. Time break mesti makan nih je. Tapi sekarang takde pulak.




Jom cuba buat senang sangat.


Resepi Chicken Wrap



Bahan-bahan Chicken Wrap


3 keping tortilla (brand Mission perisa garlic)
1 keping isi ayam bahagian dada potong menyerong kecil
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tiram
3 daun salad dicarik
1/2 biji tomato dipotong nipis
Sedikit minyak jagung / marjerin / mentega/ minyak masak / minyak zaitun


Bahan-bahan Sos

1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar mayonis


Cara Membuat Chicken Wrap

1. Perapkan seketika isi ayam, sos tomato, sos cili, sos tiram.
2. Panaskan minyak jagung kemudian gorengkan isi ayam perap tadi. Minyak sikit je lebih kurang 2 sudu besar.
3. Siapkan sos. Gaulkan bersama sos tomato dan mayonis. Ketepikan.
4. Setelah ayam masak toskan minyak.


Cara Menggulung Chicken Wrap

1. Bentangkan tortilla kemudian sapukan sos mayonis tadi.



2. Susun tomato.



3. Susun salad.



4. Susun isi ayam.



5. Gulung tortilla. 



6. Kemudian potong ikut citarasa.



7. Sedia untuk dihidangkan.


Senang je kan nak buat. Layan minum petang best jugak. Buat 3 keping sekejap je licin. Nanti nak buat lagi banyak lagi tortilla dalam peti tuh.

Selamat mencuba ye ^_^ 



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)
Share this article:

2 comments: