7 Tabiat Yang Tidak Sihat
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Dalam kehidupan seharian kita, kadang-kadang kita mungkin tak sedar apa yang berlaku disekeliling kita sebenarnya boleh membahayakan kesihatan kita. Antaranya ialah menyilangkan kaki ketika duduk, memakai seluar jeans yang terlalu ketat, mendengar 'walkman' semasa tidur. Kebiasaan yang kita lakukan ini boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu.
Sumber: 7 Tabiat Harus Dihentikan Untuk Sihat
Dalam kehidupan seharian kita, kadang-kadang kita mungkin tak sedar apa yang berlaku disekeliling kita sebenarnya boleh membahayakan kesihatan kita. Antaranya ialah menyilangkan kaki ketika duduk, memakai seluar jeans yang terlalu ketat, mendengar 'walkman' semasa tidur. Kebiasaan yang kita lakukan ini boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu.
7 Tabiat Harus Dihentikan Untuk Sihat
![]() |
sumber: google.com |
SILANG KAKI
• Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM
• Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT
• Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal.BEG TANGAN DI SISI
• Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
• Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.KERAP MEMBONGKOK
• Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan member tekanan kepada tulang belikat anda.MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT
• Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang menjadi trend sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.Sumber: 7 Tabiat Harus Dihentikan Untuk Sihat
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: roziahmuhammadnor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
sy xsuka duduk silang kaki..rasa mcm janggal jer hihihi
BalasPadamSaya setuju semua tabiat itu tidak baik untuk kesehatan
BalasPadamAlamak!! Selalu buat semua tu susah lah camni kenalah elakkan hehe
BalasPadaminfo berguna.. tq atas perkongsian
BalasPadam