Buy 1 Free 1 Tea Live
Pagi tadi sebelum pergi kelas tambahan KAFA adik Rania request nak jalan-jalan lepas dia balik kelas KAFA. Ke mana la nak berjalan pun kat Lipis ni. Babahnya pulak ke kebun malas betul la ibu nak drive keluar rumah hari cuti ni.
Katanya kalau taknak jalan pun takpe. Belanja la dia Tea Live. Tiba sangat kan suruh belanja. Apa-apa jela anak nombor 2 ni. Memang jenis suka request macam-macam. Beza sangat dengan kakak Raisha.
Petang tadi Cie scroll story Instagram ternampak ada yang share Tea Live ada promo Buy 1 Free 1 sempena Hari Ibu hari ni saja. Cie pun cakap kat adik Rania lepas babah balik dari surau solat Asar kita pergi jalan-jalan beli Tea Live dan kedai Eco.
Lepaskan hajat request Tea Live dan nak jalan-jalan. Kesian pulak cuti takde ke mana-mana. Cie pun order siap-siap dari rumah guna apps Tea Live nanti pick up je. Syarat promo tu yang free tu mesti di bawah harga RM8.90 dan kena beli Lotus Biscoff.
Cie klik Lotus Biscoff dan yang free tu ambil Bang Bang Milk Tea. Dapat la buy 1 free 1 cuma bayar Lotus Biscoff jela. Pertama kali juga beli Lotus Biscoff frappe tu. Selalunya kalau beli Tea Live Hazelnut Latte jela. Sebab ada promo ni kita try la.
Sampai kat Tea Live tadi anak-anak je turun ambil. Dah siap, anak-anak ambil jela. Lepas beli Tea Live kami terus ke kedai Eco. Kakak Raisha nak beli correction tape. Adik Rania pun sibuk nak jugak. Apa kakak nak dia pun nak. Padahal dia tak guna pun. Sekolah rendah menulis guna pensil je. Kakak Raisha tu dah sekolah menengah menulis guna pen dah.
Sedap juga rupanya Lotus Biscoff frappe tu. Rasa lemak-lemak susu campur pulak biskut tu yang bertambah sedap. Tapi tak habis pun tadi simpan dalam freezer. Sebabnya husband ajak dinner kat Raub pulak tadi. Esok la pulak sambung menikmati kesedapan air tu.
Dah lama tak beli Tea live. Banyak betul memori suka dukazaman kerja dulu dgn Tea live ni.
BalasPadamDapat masuk kedai Eco pun heaven dah :)
BalasPadamWahhh rugi mz ter miss promo ni hahaha baru baca entry pg 12/5 ni
BalasPadamWahhh rugi mz ter miss promo ni hahaha baru baca entry pg 12/5 ni
BalasPadamSama perangai dengan anak no 2 Sha.. Beriya mengajak keluar.. kikiki..
BalasPadamAla, tak perasan pula promo tealive tu.. kikiki..
Selamat Hari Ibu Cie...
BalasPadamAlhamdulillah rezeki ibu yer ..
Saya masih perak(darat) tak reti nak order tealive & minuman viral bagai ..Tapi kalau anak beli tahu pulak minum🤣