Menu Lunch Hari Cuti

5/11/2025 06:36:00 PTG
Mulanya tadi macam malas masak lunch. Waktu tu dah pukul 12 tengahari. Tiba-tiba macam lapar pulak. Masuk jela dapur masak apa yang patut menu lunch hari cuti masak yang simple je.

Adik Rania habis kelas 10 pagi tadi. 1 subjek je kelas tambahan UPKK hari ni. Husband pergi kebun dari pagi tak balik-balik katanya nak mesin rumput buat-buat keluar peluh. 

Cie memang tak ke mana la mereput je kat rumah mengadap handphone. Blogwalking, scroll story Instagram. Tu jela aktiviti hari cuti. Tu yang terpaksa rajinkan diri masuk jugak dapur hari ni masak menu lunch.

Menu Lunch Hari Cuti

Pagi tadi dah keluarkan ikan rebus dari freezer. Tinggal 2 ekor je dah. Habiskan terus jela. Nanti la pulak beli ikan selayang buat ikan rebus. Cie, kakak Raisha dan husband je makan ikan rebus goreng. Adik Rania tak makan. 

Menu Lunch Hari Cuti

Ikan rebus Cie goreng letak bawang besar dan cili padi. Bagi layu je cili padi dan bawang besar tu. Lepas tu letak je atas ikan. Nanti masa makan tu makan sekali bawang dan cili padi tu. Kadang-kadang Cie perah limau jugak.

Cie masak juga sambal telur. Overcooked pulak Cie punya kuning telur. Masa masukkan telur tadi Cie tutup dengan tudung periuk. Lepas tu duk ralit menggoreng ikan rebus tu la sampai terlupa nak buka penutup periuk. Sekali buka tengok dah keras dah kuning telur. Cie suka cair. Anak-anak memang tak makan kuning telur keras atau cair. Mereka makan putih telur je.

Menu Lunch Hari Cuti

Terpaksa la makan juga kuning telur tadi walaupun keras telan la jugak. Cie suka kuning telur tu cair baru nikmat makan kuning telur. Biasanya Cie buat cair baru sedap. Takpela nak buat macam mana kan dah termasak kuning telur tu. 

Sayur pulak Cie masak 2 jenis. Kobis bulat goreng dan cendawan tiram goreng tepung bestari. Kobis bulat goreng tu Cie dan husband je makan. Anak-anak tak makan. Cie goreng dengan bawang putih dan bawang besar je. Goreng sikit je untuk kami berdua.

Menu Lunch Hari Cuti

Cendawan tiram goreng tepung bestari ni kegemaran anak-anak. Anak-anak memang suka makan. Kalau cendawan ni masak lain mereka tak makan. Pelik-pelik je selera 2 beradik ni padahal sama je cendawan tiram jugak.

Menu Lunch Hari Cuti

Cie gaul cendawan tiram dengan tepung bestari. Letak sesudu je air bagi basah-basah sikit masa gaul tu. Lepas tu goreng sampai garing. Memang sedap cendawan tiram goreng tepung bestari ni. 

Pencuci mulut pun ada buah mangga. Semalam beli buah mangga 2 biji. Pagi tadi dah kupas sebiji, lunch tadi kupas sebiji lagi. Manis betul macam makan gula. Terlalu masak dah tu.

Tu jela menu lunch hari cuti. Siap masak tadi pukul 1. Lepas Zohor terus kami makan. Anak-anak dah kelaparan. Husband tak balik lagi dari kebun. Katanya makan dulu dia nak ke masjid kampung dia ada gotong royong. Macam biasa la tinggal sikit makanan untuk husband. 

Kebun husband buat tu kat kampung dia. Tanah pusaka peninggalan arwah abah mertua. Husband dan abang dia buat kebun. Ada masa hujung minggu dia akan ke kebun. Ada juga tanam serai, pokok buah sikit, tanam sawit. Boleh la buat aktiviti hujung minggu daripada duduk sesaja kat rumah.

Kami makan dulu 3 beranak. Lepas makan mata pun layu la. Terlelap jugak kononnya nak tengok Nona TV3. Sudahnya tv tengok Cie. Sedar-sedar dah azan Asar. Kemain lena tidur walaupun panas juga petang tadi matahari terpacak je. Bila anak dah besar takde gangguan boleh la tidur petang. 






2 ulasan:

  1. Ikan rebus goreng…. Sedapnya.

    BalasPadam
  2. Meriah lauknya.. Sha lama tak makan ikan rebus goreng.. huhuhu..
    Semalam ada nampak orang jual 5kg RM20 mangga tapi arah bertentangan, tak adalah singgah.. Macam sedap pula kalau dapat makan..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.