Sandwich 7E Cafe
Cepatnya masa berlalu. Dah nak habis waktu pagi, dah nak masuk waktu tengahari dah. Cepat je berlalu hari cuti ni habiskan masa kat rumah je. Adik Rania ada kelas tambahan UPKK, husband pulak pergi kebun dah selepas sarapan Sandwich 7E Cafe.
Walaupun minggu ni cuti panjang sampai Isnin cuti umum hari Wesak kami takde ke mana-mana pun. Memang duduk rumah jela. Berehat-rehat kat rumah lagi syok kan. Mengadap blog. Semalam sempat la tukar template blog tapi macam tak best pulak tak boleh nak letak widget top commentator dan widget button whatsapp. Taktau la kenapa. Nanti la godek semula atau cari template lain je.
Awal pagi tadi Cie panaskan Sandwich 7E Cafe beli petang semalam selepas beli barang dapur. Request by anak-anak la nak makan Sandwich 7E Cafe tapi sebab semalam dah nak masak dinner selepas Asar, Cie cakap kat anak-anak ibu panaskan untuk sarapan jela nanti takde menu sarapan pulak. Tu yang pagi tadi masukkan dalam oven je siap boleh makan.
Anak-anak suka yang chicken slice and cheese sandwich, husband pulak suka french toast chicken slice and cheese. Semalam tu yang chicken slice and cheese sandwich tu tinggal 1 je tu yang ambil jela smoked chicken slice and cheese sandwich. Sama je cuma chicken bezanya smoked chicken slice tu je.
Bila panaskan nanti cheese tu akan cair tu yang buat sedap lagi Sandwich 7E Cafe ni. Memang kami selalu beli kalau ke 7E Cafe. Buat minum petang sesuai, buat sarapan pagi pun sesuai. Pendek kata boleh jela makan bila-bila masa sesuai dan sedap je.
Beli 4 tu pun macam tak cukup makan berempat. Tu yang pagi tadi Cie kena tambah jugak roti bakar. Letak marjerin dan kaya je. Bakar kejap je dalam oven nak mudah. Beli roti gardenia sedap sikit lembut je. Sarapan pagi menu roti jela hari ni.
Menu makan tengahari taktau lagi nak masak apa. Mata pulak mengantuk time macam ni memang mengundang boleh terlelap ni kang. Adoi la cuti takde buat apa kat rumah memang baring, duduk, makan, mengadap handphone. Buka tv pun tak tengok sekadar nak bagi ada bunyi je.
Sarapan pagi tadi takdela awal sangat dalam pukul 8 pagi jugak. Kalau ikutkan time macam ni dah boleh masuk kitchen masak apa yang patut. Tapi tu la dapat baring syok jugak. Tadi mengadap blog kat laptop duk mencari template lain tapi nya semua macam tak best. Last-last give up pakai jela template tukar semalam. Nanti jela cari lagi.
Anak-anak bosan dah duk rumah. Ibunya pulak suka duk rumah. Dapat baring seharian pun boleh je. Hihi. Punyalah tahap nak berehat sepuas-puasnya kat rumah time cuti. Takde tempat pun nak pergi kalau kat Lipis ni. Takde tempat menarik pun. Paling dekat ke Cameron Highlands 2 jam perjalanan. Takut makan jem je musim cuti panjang minggu ni.
Lama betul tak pergi Cameron Highlands. Taktau nak ke mana juga kalau ke sana. Semua tempat dah pernah pergi. Kadang-kadang naik Cameron pergi makan je lepas tu balik.
Tengok la kang kalau rajin ke 7E Cafe jela bawak anak-anak beli apa mereka nak. Kalau tak pun pergi Mr Diy ke cuci-cuci mata. Ataupun kedai Eco je. Tu jela tempat yang ada.
Tiada ulasan: