Percutian Tidak Dirancang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 2 January 2016

Percutian Tidak Dirancang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Percutian yang tak dirancang kami 4 beranak agak huru hara. Mana tak nya I gigih packing beg macam nak pergi bercuti lama. Haha. Konon-konon nak bercuti ke tempat sejuk dan tenang. Tapi hujan non stop pulak tu. Hotel memang tak booking pun. Gamble je walk in.

Janda Baik, Pahang

Tempat pertama yang kami singgah. Pertama kali berkunjung ke Janda Baik. Nama je orang Pahang tapi tak pernah sampai sini. Hujan masih tak berhenti lagi. Redah bukit bukau juga nak ke Janda Baik ni. Macam 50-50 je nak stay sini memandangkan hujan so tak banyak la aktiviti boleh buat kan. So saja jela tanya bilik kat Cherengin Hills tu fuhhh rm330 satu malam. Ermmm memang tak la. Takkan nak stay dalam bilik je kan. So terus ke next destination Genting Highlands. Malas nak ke Bukit Tinggi sebab situ pun tak banyak hotel.



Genting Highlands

Lama dah tak ke puncak genting ni. Rindu pulak zaman kerja kat sana dulu. Rupanya kat genting tengah renovate sekarang ni. Outdoor game pun macam takde je. Hujan pun takde tanda nak berhenti. Sejuk berganda la. Tanya 3 4 hotel semuanya terlalu mahal. So macam tak berbaloi jela kan. Masa nak turun terus terfikir turun KL jela senang. Nak suggest kat husband tapi takut husband taknak. Huhu. Try jela ajak. Finally husband kata jom. Hihi. Kalau dari tadi terus plan nak ke KL kan senang.



Kuala Lumpur

Destinasi percutian kami ke KL. Orang lain ke pantai, bukit tinggi dan tempat peranginan yang mendamaikan tapi kami 4 beranak bercuti ke KL. Hihi. Janji dapat spend time dengan family kan.


Hotel pertama yang kami jejak ialah Sunway Putra. Pernah stay situ dan service yang memuaskan. Lagipun plan nak bawak kakak dan adik naik LRT. Mak ai terkejut I tengok kat lobi punya la ramai. Yang tengah beratur nak check in pun ramai. Terus batalkan niat nak check in situ. Terus ke Vistana Hotel pun sama beratur tengah nak check in. Next hotel Grand Season rate lebih sikit dari my budget pun tak jadi. Try tengok booking.com ada hotel yang below rm200 so terus book Hotel Grand Continental. Book 1/2 jam sebelum check in. Haha.

Bermulalah percutian kami 4 beranak di Grand Continental Kuala Lumpur. Yang penting dapat luangkan masa dengan anak-anak dan suami. Walaupun percutian hanya 1 malam stay kat hotel pun dah memadai. Masa bersama keluarga itu lagi bermakna memandangkan kami ni berjumpa seminggu sekali je. Husband di Putrajaya dan saya bersama anak-anak di Kuala Lipis. So sekali sekala nak bercuti bersama keluarga. Insyaallah ada rezeki kita bercuti lagi.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: roziahmuhammadnor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/sms)



Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

1 comment: