Ikan Keli Goreng Berlado - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 8 January 2024

Ikan Keli Goreng Berlado

 RESEPI IKAN KELI GORENG BERLADO

Sejak nak aktif semula kat blog ni banyak betul dah cerita bab makanan je. Hihi. Yela bab masak memasak ni memang my passion. Tengah stress dengan kerja pun kalau masuk dapur hilang segala masalah. Dulu-dulu pun Cie selalu share ANEKA RESEPI kat blog ni.


ikan keli goreng berlado


Baru ni beli ikan talapia dan ikan keli. Ikan tilapia tu dah selamat masuk dalam perut. Tinggal ikan keli je belum masak lagi. So hari ni kita masak la ikan keli goreng berlado. Risau juga nak masak ikan keli sebab dengar cerita meletup-letup masa goreng. So ada la yang share petua taknak bagi meletop. Cie try la tadi memang menjadi. Tak takut la lepas ni nak goreng ikan keli.


PETUA GORENG IKAN KELI TIDAK MELETUP

IKAN KELI GORENG BERLADO


Lumurkan ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit. Lepas tu lumurkan dengan tepung jagung pulak. Supaya bila goreng tidak meletup. Pastikan juga minyak betul-betul panas masa menggoreng tu.

Bahan-bahan Ikan Keli Goreng Berlado

Bahan Untuk Ikan Keli Goreng
4 ekor ikan geli
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
Minyak masak


Bahan Untuk Berlado
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah besar
1 biji cili merah besar
7 biji cili padi
Garam
Gula
3 keping asam gelugor
Minyak masak
Air

Cara Membuat Ikan Keli Goreng Berlado

  1. Lumurkan ikan keli dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung hingga rata.
  2. Panaskan minyak masak kemudian goreng ikan hingga masak. Ketepikan.
  3. Blend kering bawang putih, bawang besar, semua cili.
  4. Panaskan sedikit minyak, gorengkan bahan blend sehingga garing. Kemudian masukkan air dan asam gelugor. Biarkan lagi kering sikit dan tambah lagi air. 
  5. Bila cili dah betul-betul masak, masukkan gula dan garam.
  6. Sesuaikan rasa. Siap. Curahkan sambal berlado atas ikan keli.

ikan keli goreng berlado
hasil goreng ikan keli tak meletup


ikan keli goreng berlado
ni je bahan-bahan untuk blend


ikan keli goreng berlado
Cie blend guna chopper ni beli kat Shopee. Best guna

Chopper Murah dan Best Di Shopee


ikan keli goreng berlado
blend halus macam ni je. kering tau jangan letak air.



ikan keli goreng berlado

Menu dinner malam ni ikan keli goreng berlado pertama kali masak. Selalu makan kat kedai memang ambil lauk ikan keli goreng berlado. Kali ni berjaya masak ikan keli sendiri. 


Tambahan telur mata goreng kicap tu untuk anak nombor dua dia tak makan sangat ikan. Dia cubit sikit je ikan keli goreng berlado ibu tu. Punya la sedap dia tak teringin pun. Ibu goreng jugak kobis. Ibu dan babah jela makan sayur. Anak-anak tak kobis.

20 comments:

  1. Anak-anak memang tak suka makan sayur dan ikan. Padahal itulah yang banyak khasiat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan pun pilih2 jenis je makan. sayur pun ada yang anak2 makan.

      Delete
  2. Ikan keli lah yang tak pernah dimasak kat rumah. Biasa beli je.. heheh

    ReplyDelete
  3. sedapnya... fav sy ni tp sy x reti buat ikan keli... kat sini agak susah jugak lah jumpa ikan keli... sbb tu kalau rasa nk makan beli yg ready to eat je... kalau ke kl confim carik lauk ikan keli

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je dengan masak ikan lain tu. ye betul susah nak jumpa kalau takde orang ternak ikan sangkar.

      Delete
  4. ikan keli ni favorite kami sekeluarga. goreng biasa je pon dah selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu goreng biasa letak bawang dan cili padi pun dah sedap.

      Delete
    2. Memang sedap sangat ikan keli masak macam ni. Ni pun lauk tambah berat badan

      Delete
    3. anak2 yang bertambah makan. omaknya risau nak menambah makan nanti betambah berat beban. hahaha

      Delete
  5. Dah berkenan dengan chopper Cie dah ni. Nak kena beliiii

    ReplyDelete
  6. ikan keli suka part ekor sebab garing...sedapnya masak berlado..ikan talapia bakar..yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ikan keli kalau ekor tu habis ku kunyah kruk krak je. hihih

      Delete
  7. paling suka ikan keli tapi rasanya dah sethun xmasak sendiri..sb xsuka masa goreng tu ...klu nk mkn beli aje hehe

    ReplyDelete
  8. nampak garing ikan keli tu mesti sedapkan

    ReplyDelete
  9. Ni kalau makan dengan nasi panas-panas.. memang sedap :D

    ReplyDelete