Talapia dan Ikan Keli - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 6 January 2024

Talapia dan Ikan Keli

 Ikan Sungai Jelai Kuala Lipis

Talapia dan Ikan Keli

Lepas siap sarapan roti canai pagi terus ajak husband pergi beli ikan talapia dan ikan keli. Kedai ni dekat je dari rumah kami. Lokasinya di tepi jalan Batu 2 Kuala Lipis. Berkali-kai juga dah beli ikan kat sini. Ada talapia, patin dan keli.

Plan nak masak ikan talapia bakar dan ikan keli goreng berlado. Tapi entahla bila nak masak tu cuma plan jela. Hihihi. Hari tu makan ikan talapia bakar kat kedai keras betul harganya. Masak sendiri lebih menjimatkan. Nak mudah makan kat kedai je tapi kalau nak jimat masak sendiri. Mudah je pun ikan bakar kan.


talapia dan ikan keli


talapia dan ikan keli


talapia dan ikan keli


talapia dan ikan keli

Cie tak pernah masak ikan keli goreng berlado. Selalu kalau nak makan beli kat kedai je yang dah siap masak. Malas nak mengadap ikan keli yang meletup bila digoreng tu la. Tapi Cie ada nampak orang goreng dalam Air Fryer so nanti nak try la. Ada juga cakap lumur dengan tepung jagung baru tak meletup. Nanti kita try 2 kaedah tu tengok apa kejadiannya.

Ikan talapia selalu je masak sendiri. Buat pais tempoyak, goreng biasa, goreng sos. Kali ni nak bakar pulak. Makan dengan kicap letak bawang dan cili potong. Perah sikit limau kasturi. Sedapnya.

Harga ikan talapia pun dah naik sekarang. Dulu harganya belas-belas je dah boleh dapat sekilo. Sekarang ni rm20 ke atas dah harga sekilo. Ikan keli je belas-belas harganya sekilo. Sekilo dapat la 6-7 ekor tengok size. Talapia Cie beli tadi dalam 700gram. Kalau besar sangat tak sedap jugak.

talapia dan ikan keli
harga sekarang ikan talapia, patin dan ikan keli

Sebenarnya kan Cie confuse jugak dengan ejaan ikan talapia ni. Ada eja tilapia, ada eja talapia. Kalau kamus dewan tilapia. Mana-mana jela asalkan makan sedap. Hihi. Nanti dah masak Cie share. Rasanya hari ni malas lagi. Hahahah


6 comments:

  1. Bestnyaaa..kat Seremban x jumpa orang jual ikan hidup..dulu ada...tapi sedikit mahal...biasa la kan...sedapnya buat bakar tu...betul masak sendiri lebih murah dan puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah Pahang ni banyak je sebab ada sungai kan.

      Delete
  2. Oh, naik dah harga ikan tilapia ye.
    Best kan kalau dapat ikan masih hidup. Segar dan manis isinya.

    ReplyDelete