Makan Tengahari Di Richiamo Coffee - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 17 February 2023

Makan Tengahari Di Richiamo Coffee

 RICHIAMO COFFEE KUALA LIPIS

Cerita dah lama berlalu tapi nak jugak update kat blog ni. Hihihi. Hari tu busy sangat tu yang bertangguh-tangguh terus tak buat. Sekarang ada masa boleh la share Cie belanja 3 beranak tu Makan Tengahari Di Richiamo Coffee masa dapat bonus Shaklee bulan Januari hari tu.

Makan tengahari di richiamo coffee

Hari tu masa awal-awal Richiamo Coffee Kuala Lipis ni buka kami dah try minum petang. Kali ni nak try pulak Makan Tengahari Di Richiamo Coffee.

Bonus Shaklee masuk je 14 Januari terus la ajak 3 beranak tu Makan Tengahari Di Richiamo Coffee je. Tak payah la ibu masak dah lagipun masa cuti weekend memang malas nak masak. Hihihi. Order je apa-apa ibu belanja. 

Kat Richiamo Coffee Kuala Lipis ni ada jugak menu nasi tapi kami tak order nasi. Semua order western food je.

Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
total kami makan 4 beranak

Mentang-mentang ibu belanja dengan bonus Shaklee semua order makanan western je. Huhuhu. Selalunya time bonus Shaklee memang ibu suka belanja makan.

Macam biasa la sementara tunggu makanan sampai selfie wefie semua ada la. Hahaha. Anak-anak terpaksa layankan ibu la. Babahnya pun terpaksa jugak melayan 3 perempuan ni. Hihihi


Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
Kakak ni sejak dah besar sikit ni bukan suka nak bergambar



Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
Adik ni memang suka kalau nmapak ibu pegang handphone dia dah siap buat peace



Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
babah senyum yang terpaksa. hahaha



Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
tak ramai orang masa kami makan tu budak-budak ni tumpang la berposing kat sebelah tu

Air dah siap. Kena ambil sendiri kat kaunter. Konsep makan kat Richiamo Coffee ni memang self service. Order ikut selera masing-masing. Kena order asing-asing baru la boleh rasa semua sekali.


Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
ibu punya caramel machiato



Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
ni saja try order untuk anak-anak. sedap juga


Makanan pun dah siap boleh la makan. Jom kita rasa serba sedikit. Tu yang order berbeza boleh rasa semua sekali. Nak order mushroom soup takde pulak hari tu.


Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
ni kakak punya makanan. sedap



Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
ni babah punya pun sedap



Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
ni ibu punya. rasa dia kurang sikit. macam kering. ni bagi cie la



Makan Tengahari Di Richiamo Coffee
ni adik punya paling last sampai. yang ni bagi cie kurang sedap. sos tu cair dah ala-ala macam kuah kari pun ada. ayam pulak macam keras sikit la


Ni pendapat Cie la. Selera setiap orang tak sama. Deria rasa setiap orang pun tak sama. Terpulang atas masing-masing. Mungkin dari komen Cie dapat bantu mereka untuk baiki rasa, tekstur dan kualiti makanan.

Chicken Chop tu jela failed sikit. Kalau sos tu pekat sikit, ayam tu tak keras sedap je. Mungkin boleh tambah baik sos dan ayam tu. Yang lain semua sedap je. Next time nak try mushroom soup pulak. Kalau Cie nak Makan Tengahari Di Richiamo Coffee lagi Cie akan repeat order Spageti Carbonara dan Spageti Bolognese je. Boleh juga try menu lain pulak.

No comments:

Post a Comment