Peristiwa Israk Dan Mikraj - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday, 18 February 2023

Peristiwa Israk Dan Mikraj

 SALAM ISRAK DAN MIKRAJ 1444H

Peristiwa Israk dan Mikraj ni terjadi pada 27 Rejab 622 masihi ketika Nabi Muhammad SAW berusia 52 tahun. Tahun ini juga dikenali sebagai tahun dukacita kerana bapa saudara baginda Abu Talib dan isteri baginda Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid Ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. 


peristiwa israk dan mikraj

PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dalam 1 malam dimana ianya dibahagikan kepada 2 fasa:

1. Israk - perjalanan Nabi Muhammad SAW menunggang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqadis.

2. Mikraj - perjalanan Baginda dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ke7. 


PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SECARA RINGKAS

Peristiwa Israk

Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda telah dibersihkan oleh Malaikat Jibril a.s dengan air suci zam-zam. Malaikat Jibril membedah dada baginda dan mengambil hatinya untuk dibersihkan dan dibuang segala ketul hitam dan dicuci dengan air zam-zam. Kemudian hatinya diisi dengan kebaikan iman dan hikmah. Barulah dadanya dicantum semula.

Sepanjang perjalanan baginda apabila sampai ke tempat-tempat yang mulia dan bersejarah, baginda diarahkan oleh Jibril untuk berhenti dan solat sebanyak 2 rakaat

Antara tempat-tempat tersebut ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul-Laham (tempat Nasi Isa AS dilahirkan).
Baginda telah melalui pelbagai peristiwa sepanjangan perjalanan antaranya baginda melihat kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.

Hasil yang baru keluar semula walaupun telah dituai. Seolah-olah ianya belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Jibril memberitahu baginda, itulah kaum yang berjihad 'Fisabilillah' yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, baginda turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat 2 rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu Jibril membawa 2 benjana yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu untuk diminumnya.

Jibril berkata, baginda memilih pilihan yang betul. Jika arak yang dipilih maka akan ramai la umat baginda akan menjadi sesat.

Peristiwa Mikraj

Peristiwa Mikraj pulak bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga. Baginda bersama Jibril menaiki tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia iaitu pintu Hafzah.

Baginda naik dari langit pertama hingga ke sepuluh dan di setiap langit pula baginda bertemu dengan para nabi dan melalui pelbagai peristiwa. Antaranya baginda dapat melihat umat baginda yang ramai termasuklah 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di langit ke 10, Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri lalu baginda pun bersujud. Melalui pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah SWT iaitu penerimaan ibadah solat. 

Pada ketika itu, baginda diperintahkan untuk solat sebanyak 50 waktu. Kemudian dikurangkan kepada 10 waktu dan akhirnya telah dikurangkan kepada 5 waktu sahaja. Yang mana sehingga kini kita melakukan ibadah solat sebanyak 5 waktu sehari semalam iaitu bermula dari solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Selepas Peristiwa Mikraj

Baginda pulang semula ke Masjidil Haram, kemudian baginda menyampaikan wahyu tersebut dan memerintahkan umat di Mekah untuk solat 5 waktu sepertimana yang diperintakan Allah SWT. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya ketika itu sehingga ada yang murtad dari Islam.

Apabila dikhabarkan kepada Sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak berasa ragu malahan membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat dari peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sejak itu beliau telah diberi gelaran 'As-Siddiq' yang memberi maksud 'Yang Membenarkan'.

Kesimpulan dari Peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku hanya untuk baginda menerima perintah solat 5 waktu dan solat ini sangat penting untuk kehidupan seharian kita. Ketika hari penghitungan nanti solat la yang akan disoal terlebih dahulu sebelum yang lain.

Walaupun hanya 5 waktu masih ramai umat manusia yang melanggar perintah Allah. Betapa sedihnya baginda melihat umatnya meninggalkan solat. Seumpama tidak menghargai pengorbanan dan kesusahan baginda menerima perintah tersebut. 

Semoga kita semua terus menghargai jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW dengan tidak meninggalkan solat di dalam kehidupan kita dan tergolong dalam kalangan umat yang beriman.



2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongisan. Moga kita semua menjadi orang yang sentiasa menjaga solat, ameen.

    ReplyDelete