Menu Berbuka 25 Ramadan 1447H

Hari yang sangat produktif dari pagi tadi 7am dah masuk kitchen sampai la 2pm. Dah macam orang kerja syif dah. Siap 2kilo tepung buat kuih gunting, masak stok cili kering blend dan buat bawang goreng.


2.30pm balik kampung kejap hantar barang-barang dapur yang Cie beli semalam share adik beradik untuk masak raya nanti. Cie la tukang beli. Hantar terus tadi. Kalau tak nanti tak muat nak bawak baju balik kampung. Tadi pun full bonet. Sekali kuih raya Cie hantar terus.


Balik rumah sempat la lelap kejap sebelum Asar. Selepas solat Asar terus masuk kitchen masak menu berbuka 25 Ramadan pulak. Semalam nasi ayam, hari ni nasi lemak pulak. 

Cie buat nasi lemak pandan kukus. Guna beras basmathi. Blend je daun pandan, air tu tapis dan kacau dengan santan KARA. Letak garam sikit campur je dengan beras dan kukus sampai masak. Hijau semulajadi pandan tu. Bau semerbak wangi pandan.


Untuk sambal pulak Cie masak sambal tumis udang. Kebetulan Faiz beli udang weekend hari tu. Buat jela terus sambal udang.

Dah nama pun nasi lemak kan tak lengkap kalau takde ikan bilis. Goreng garing je ikan bilis tu. Sikit je goreng, adik Rania je tak makan. Timun pun kena ada kalau menu nasi lemak.

Sorang nak telur mata, sorang nak telur rebus. Buat jela 2 jenis terus. Telur ni dah lebih 2 minggu kurang elok dah buat telur mata. Kuning tu dah bercampur dengan kuning. Yang rebus tu Cie kukus je dalam pengukus tu. Senang nak kopek telur kukus.

Buah tembikai kuning jela. Semalam beli setengah biji. Dah jenuh nak habiskan. Kalau merah boleh buat jus. Kuning ni tak pernah pulak buat jus.

Tadi dengar pengumuman PMX cuti tambahan raya. Mantap la PMX bagi cuti tambahan. Kalau raya Sabtu, dapat cuti Jumaat. Kalau raya Jumaat dapat cuti Isnin. Yeayyyy jimat cuti rehat. Terima kasih PMX.





Catat Ulasan

0 Ulasan