Siap tanya letak apa roti bakar. Letak buttercup dan gula je. Katanya boleh la. Ibu pun buat la tadi. Tak banyak pun 3 keping je. Potong jadi kecik-kecik bagi takdela banyak nak habiskan. Elok je pun makan. 2 ketul sorang.
Sedap buat garing-garing. Bakar dalam oven je. Jadi rangup la bila garing. Simple macam ni anak-anak makan la. Kalau jenis ada nasi memang terkulat-kulat nak habiskan. Awal puasa hari tu ada buat sikit nasi goreng memang berapa sudu sorang je makan. Selebihnya babahnya habiskan.
Minum jela senang. Anak-anak bertahan je walaupun minum je sahur. Dah takde pilihan kan. Makan taknak jadinya minum jela.
Selesai sahur 25 Ramadan. Lepas Subuh nanti nak start buat kuih gunting sekilo tepung. Kalau rajin kang buat lagi sekilo. Kak Ngah Cie pesan dah suruh buat dia suka kuih gunting Cie. Cie selalu buat banyak nanti bagi la sikit sorang.


2 Ulasan
Wahhhh.. pagi ni ada roti bakar laaa... makan panas² sedap tu... krup krap krup krap.
BalasPadamGood luck menggunting Cie😁
Buat pagi semangat sikit.. siap awal boleh rehat lepastu.
Ada makan masa berbuka di Restoran Nur Balqis. Anak belikan sebelum sajian oder sampai aias meja..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.