Pagi ni sahur Cie bakar lagi roti. Selagi tak habis kita bakar jela. Anak-anak cakap sedap rangup dan lembut kat dalam. Potong kecil gitu pulak senang nak makan. Sebelum habis waktu Imsak kita dah siap sahur.
2 hari je lagi anak-anak sekolah. Lepas tu dah cuti raya. Minggu ni confirm jem la jalan ramai orang nak balik Kelantan. Selalunya depan simpang taman Cie memang jem teruk tiap kali musim perayaan.
Nak keluar ok lagi boleh menyusur je dari tepi. Nak masuk simpang nanti susah. Kereta jem rapat-rapat. Depan simpang pun mereka tak kosongkan. Ada masa ada juga orang baik yang bagi laluan.
Highway yang exit ke Kampung Berembang tu tak boleh lalu lagi kot. Kalau dah boleh lalu situ baru la nanti tak jem depan simpang taman Cie. Dengar-dengar hari tu nak buka raya ni. Tapi senyap je. Tengok macam dah siap.
Cie ni dah la kerja lagi Khamis nanti. Memang jem la orang pakat-pakat balik awal takut raya Jumaat. Selasa hingga Khamis nanti mesti jem. Lipis ni laluan utama nak ke Kelantan. Blogger MZ dan Nieza balik Kelantan mesti lalu Lipis.


2 Ulasan
Sahur harini ada extra roti pulak nampaknya 😁
BalasPadamMinggu ni minggu pura2 bekerja, hahaha
Oh simpang taman rumah Cie dekat dengan laluan ke Kelantan ya. Moga dipermudah kan semua nya.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.