Contest Screenshot 2 Juta Pageview! Siapa Terpantas Menang Hadiah

Blog Cie bakal mencecah 2,000,000 pageview tidak lama lagi! Berdebar pulak rasanya ni nak tunggu capai tu. Tu yang rasa nak buat contest la. Kot Cie tak sempat nak screenshot, ada rakan-rakan blogger yang sempat.


Sekarang sewaktu Cie screenshot ni pukul 8.45am dah cecah 1,993,104. Beberapa hari jugak ni baru capai 2,000,000. 


Excited pulak rasa menunggu ke saat ini. Cie capai 1 juta PV tahun 2021. Agak lama nak capai 2 juta pulak sebabnya dulu Cie tak aktif sangat berblog. On off saja ikut mood. Sebulan tu ada la 1 entry je, ada masa takde langsung entri.

Disember 2023 Cie decide untuk kembali aktif berblog. Jadi ambil masa la nak naikkan semula PV bila dah lama tinggal. Its okay! Better late than never.

Masa capai 1 juta tu Cie tak buat contest pun. Untuk kali ni terinspirasi dari rakan blogger ada yang buat so Cie pun nak buat la.

Sebagai tanda penghargaan kepada semua pembaca setia, Cie mengadakan Contest Screenshot 2 Juta Pageview. Siapa yang berjaya menangkap screenshot dalam julat angka 2,000,000 hingga 2,000,010, berpeluang memenangi hadiah!


Cara Sertai Contest

Penyertaan sangat mudah:
  • Wajib menjadi follower blog Cie.
  • Screenshot paparan pageview dalam julat 2,000,000 – 2,000,010.
  • Hantar screenshot kepada Cie melalui whatsapp ini WhatsApp: klik sini.
  • Screenshot paling tepat akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah Untuk Pemenang

InsyaAllah Cie akan sediakan sedikit hadiah buat korang yang join contest ni. Hanya seorang pemenang akan dipilih. Tapi bergantung juga kepada keadaan. Kalau ada 2 orang screenshot sama mungkin Cie akan sediakan 2 hadiah. 


Peraturan Contest

  • Screenshot mesti jelas menunjukkan angka antara 2,000,000 hingga 2,000,010.
  • Tidak dibenarkan edit atau manipulasi gambar.
  • Keputusan penganjur adalah muktamad.

Terima Kasih Atas Sokongan

Pencapaian hampir 2 juta pageview ini adalah hasil sokongan semua pembaca yang sentiasa mengikuti perkongsian Cie di blog ini.

Semoga contest kecil ini dapat memeriahkan lagi perjalanan blog kita bersama.

Jangan lupa standby dan refresh page!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Cantiknya banner, meriah sangat. Siapalah yang bertuah itu kan? Good luck pada semua :)

    BalasPadam
  2. Wah saya masuk blog Cie ada pertandingan nombor. Insya Allah ya.

    BalasPadam
  3. Selamat mencuba kepada penangkap PV yang cekap.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.