Blog Cie bakal mencecah 2,000,000 pageview tidak lama lagi! Berdebar pulak rasanya ni nak tunggu capai tu. Tu yang rasa nak buat contest la. Kot Cie tak sempat nak screenshot, ada rakan-rakan blogger yang sempat.
Sekarang sewaktu Cie screenshot ni pukul 8.45am dah cecah 1,993,104. Beberapa hari jugak ni baru capai 2,000,000.
Excited pulak rasa menunggu ke saat ini. Cie capai 1 juta PV tahun 2021. Agak lama nak capai 2 juta pulak sebabnya dulu Cie tak aktif sangat berblog. On off saja ikut mood. Sebulan tu ada la 1 entry je, ada masa takde langsung entri.
Disember 2023 Cie decide untuk kembali aktif berblog. Jadi ambil masa la nak naikkan semula PV bila dah lama tinggal. Its okay! Better late than never.
Masa capai 1 juta tu Cie tak buat contest pun. Untuk kali ni terinspirasi dari rakan blogger ada yang buat so Cie pun nak buat la.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua pembaca setia, Cie mengadakan Contest Screenshot 2 Juta Pageview. Siapa yang berjaya menangkap screenshot dalam julat angka 2,000,000 hingga 2,000,010, berpeluang memenangi hadiah!
Cara Sertai Contest
Penyertaan sangat mudah:
- Wajib menjadi follower blog Cie.
- Screenshot paparan pageview dalam julat 2,000,000 – 2,000,010.
- Hantar screenshot kepada Cie melalui whatsapp ini WhatsApp: klik sini.
- Screenshot paling tepat akan dipilih sebagai pemenang.
Hadiah Untuk Pemenang
InsyaAllah Cie akan sediakan sedikit hadiah buat korang yang join contest ni. Hanya seorang pemenang akan dipilih. Tapi bergantung juga kepada keadaan. Kalau ada 2 orang screenshot sama mungkin Cie akan sediakan 2 hadiah.
Peraturan Contest
- Screenshot mesti jelas menunjukkan angka antara 2,000,000 hingga 2,000,010.
- Tidak dibenarkan edit atau manipulasi gambar.
- Keputusan penganjur adalah muktamad.
Terima Kasih Atas Sokongan
Pencapaian hampir 2 juta pageview ini adalah hasil sokongan semua pembaca yang sentiasa mengikuti perkongsian Cie di blog ini.
Semoga contest kecil ini dapat memeriahkan lagi perjalanan blog kita bersama.
Jangan lupa standby dan refresh page!


10 Ulasan
Cantiknya banner, meriah sangat. Siapalah yang bertuah itu kan? Good luck pada semua :)
BalasPadamWah saya masuk blog Cie ada pertandingan nombor. Insya Allah ya.
BalasPadamSelamat mencuba kepada penangkap PV yang cekap.
BalasPadamMenarikkk nya contest ni... Btw cantik banner tu...
BalasPadamTahniah awal-awal untuk 2 juta pageview...bukan mudah nak capai especially bila pernah on off berblog. Memang hasil konsisten sejak 2023 nampak hasilnya... Kena selalu nie jengah blog cie... manatau rezeki hehe
BalasPadamYeayy ..teruskan berblogging .
BalasPadamBanner tu menarik.. dah macam "penscreenshot" yang nak dapat RM2 juta pula 😁. Tahniah Cie... almost there. Good luck awal² pada pemenang.
BalasPadamMenarik ni... Kena rajin-rajin jalan ke blog Cie.
BalasPadamMenarik ni 👍🏻
BalasPadamWhaaaa! Main juta2 dah ni!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.