Menu sahur macam biasa bancuh-bancuh je. Vico ais dan Performance Drink Orange untuk anak-anak. Untuk Cie pulak ESP Coklat, Performance Drink Orange Cie mix dengan Cinch Tea.
ESP Coklat ni rasa sama macam Cinch Shake Coklat. Tahun ni baru keluar flavour Coklat ni untuk ESP. Sebelum ni vanilla je. Kalau vanilla saja tu kena mix dengan any fruits atau any drink baru sedap.
Tapi ESP Coklat ni dah sedap tak perlu mix apa-apa dah. Bagus jugak Shaklee ni buat tambahan flavour untuk ESP. Mudah la nak tukar-tukar flavour bagi orang macam Cie yang sahur minum protein shake je.
Tambahan menu sahur kita pagi ni bukan nasi juga ye. Cuma ada roti dan sambal hitam garing. Cie buat sambal hitam versi garing. Ada orang suka jenis basah-basah tu kan? Untuk makan dengan roti ni Cie buat versi garing. Cuma pedas sikit je. Tapi boleh la untuk makan sahur. Cie makan sekeping je. Faiz makan 2 keping.
Roti balance buat puding caramel tu pakai 2 keping je jadi ada banyak lagi. Tu yang Cie buat stok sambal hitam semalam tu. Boleh la makan dengan roti.
Kurma butter baru pertama kali ni cuba buat. Orang lain dah bertahun kan buat duk viral lalu lalang setiap tahun. Baru tahun ni la nak mencuba. Cie beli pure butter brand Anchor.
Kurma tu beli kat butik area rumah ni dia ada jual kurma. Faiz beli 2 jenis Ajwa dan Safawi. Safawi tu manis sangat. Ajwa tu Faiz kata sedap.
Nanti esok try Ajwa dengan butter pulak. Butter tu Cie jumpa yang salted je. Jadi lemak manis masin la bila makan dengan kurma Safawi tu.
Adik Rania makan wafle Gardenia blueberry pagi ni waktu sahur. Kakak Raisha minum je. Memang susah nak makan kena paksa. Tu yang takde menu nasi bagai tu.



1 Ulasan
Saya kurma begitu buat pakai cream cheese dalamnya kak. Tak pernah pakai butter. Boleh juga dicoba.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.