Richiamo Coffee Kuala Lipis

 RICHIAMO COFFEE

Richiamo Coffee Kuala Lipis

Richiamo Coffee Kuala Lipis ni baru juga dibuka di Petron Tempoyang bypass Jalan Kuala Lipis Gua Musang. Sempat la mencuba buat kali pertama dine in minum petang. Nanti ada masa kita try makanan lain pula. Kali kedua take away mocha je.

Richiamo Coffee Kuala Lipis

Cara nak memesan kat Richiamo ni kena layan diri dengan memesan di kaunter. Cashier akan bagi kita tag number tu. Bila pesanan kita dah siap tag tu akan berbunyi dan red light akan menyala. Kita boleh ambil di kaunter dan pulangkan semula tag number tu.

Kami tak banyak pun order memang nak minum petang je so order yang ringan je. Kat Richiamo ni ada juga menu berat yang lain.

Richiamo Coffee Kuala Lipis
Anak-anak punya Strawberry Smothies


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Cappucino untuk babah


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Mocha biasa la kegemaran ibu


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Muffin ni tersangat sedap


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Donut ni owner Richiamo belanja. Kebetulan suami kenal owner tu


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Kakak order oreo donut


Richiamo Coffee Kuala Lipis


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Dah habis semua makanan adik request nak macaron pulak. Dia kata nak try. Beli la jugak


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Ni kali kedua take away je mocha bawak pi kebun ikut babahnya


Richiamo Coffee Kuala Lipis
Ni si kakak la kemain pandai snap sendiri. Boleh ibu guna. Hihi

Next time nanti nak try spageti pulak nampak menyelerakan. Richiamo Coffee ni dekat je dengan rumah. Boleh la nanti mengopi dengan anak-anak kalau bosan duk rumah weekend.

Cie suka suasana dalam Richiamo ni. Pernah mengopi kat Richiamo Jengka masa ada meeting kat sana. Besar dan luas je. Richiamo Lipis ni kecik je. Kalau time ramai orang tu macam tak best pulak nak chill melepak lama-lama.

Memandangkan Cie memang peminat coffee so memang akan repeat mengopi la lagi nanti. Hihihi


Post a Comment

5 Comments

  1. boleh tahan harga die macaM kedai cafe biasa kan. wah...rezeki tu dapat free. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah harga boleh tahan. Alhamdulillah rezeki.

      Delete
  2. belum pernah masuk richiamo lagi. zus pernah la sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lipis takde Zus so tak pernah try lagi. Hihi

      Delete
  3. Hi there! I'm one of a staff from Richiamo Coffee Kuala Lipis!
    We are so glad to know that you're happy with our services and we are so sorry if there is any issue and we will always honoured to improve in the future!
    Love, Richiamo Kuala Lipis team! <3

    ReplyDelete