Cie masak ikan keli goreng berlado. Ikan keli ni Cie, husband dan kakak Raisha je makan. Adik Rania tak makan. Cie masak 3 ekor je potong kecil pun dah banyak. Ada lagi 3 ekor dalam fridge masak lain kali la pulak.
Oleh kerana adik Rania tak makan ikan keli, kena la masak ayam juga kat dia. Buat ayam bakar madu. Sos madu tu lebih beli kepak ayam madu minggu lepas. Banyak betul sos tu boleh simpan dalam fridge. Hari ni Cie guna sos ayam madu tu je buat ayam bakar sendiri.
Sayur pulak Cie masak lemak pucuk paku. Beli 2 ikat pucuk paku kat pasar. Seikat ni kita masak lemak. Cie tak pandai sangat masak lemak pucuk paku ni selalu tak berapa cantik tekstur dia tu. Tapi untuk makan sendiri ok jela.
Buah hari ni Cie potong buah mangga. 2 hari dah jambu so tukar la mangga pulak hari ni. Ada buah baru la lengkap hidangan kita.
Kuih husband beli jela macam biasa. Hari kerja tak buat kuih tak sempat. Husband beli kuih lopes. Kuih favaourite Cie ni.
Ni jela menu berbuka puasa 16 Ramadan 1446H hari ni. Selamat berbuka!
Alhamdulillah.
ReplyDeletePelbagai macam jugalah menu berbuka puasanya ye Chie.
Akk masak ikan belado juga hari ni, ikan senangin.
ReplyDeleteMasak lemak pucuk paku tu bole bikin tambah nasi tu. ..
Akk masak ikan belado juga hari ni, ikan senangin.
ReplyDeleteMasak lemak pucuk paku tu bole bikin tambah nasi tu. ..
alhamdulillah..sedap nampak pucuk paku masak lemak tu, buat bertambah2 tu
ReplyDeletemangga juga yg 👍 bg sy😁
ReplyDeleteEh bulan puasa ni kak SAx buat lagi la keli balado...
ReplyDeleteSedapnya kuih lopes . Lamanya tak makan ..esok nak kena cari laa teringin pulak
ReplyDelete