Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, March 18, 2025

Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1446H. Hari ni cuti sempena Nuzul Al-Quran. Sehari jela esok kembali bekerja. 17 hari dah berpuasa masih masak sendiri untuk berbuka. Takde plan berbuka kat luar. 

Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H

Menu berbuka puasa 17 Ramadan 1446H hari ni ayam masak lemak bersama rebung. Teringin nak makan rebung. Pergi pasar minggu lepas beli sebungkus RM4 boleh masak berkali-kali. Sekali masak sikit je. Cie dan suami je makan. Anak-anak tak makan.

Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H

Bila ada ayam masak lemak, kita goreng la sikit ikan masin baru la ngam dengan menu ayam masak lemak. Goreng 1 ekor jela. Nak makan sikit je.

Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H

Sayur wajib la ada dalam menu. Pucuk paku goreng pedas. Taktau la pedas ke tak letak 2 biji cili padi tumbuk. Pucuk paku pun beli kat pasar minggu lepas. Beli 2 ikat. Semalam dah masak lemak 1 ikat. Hari ni habiskan jela terus.

Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H

Buah jambu asamboi untuk menu berbuka hari ni. Habiskan jambu ada sikit je lagi. Beli sebiji je tapi besar, boleh la makan 3 kali dah jambu tu.

Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H

Kuih pulak goreng popia crabstick dan popia bigmac ada lagi yang buat minggu lepas. Ada juga lagi sikit bekukan je bila-bila nak makan nanti goreng je. 

Menu Berbuka Puasa 17 Ramadan 1446H

Alhamdulillah ni jela menu berbuka kita hari ni. Selamat berbuka.

9 comments:

  1. alhamdulillah, sedap2 belaka juadahnya tu

    ReplyDelete
  2. betul tu Ana pun setakat ni pilih utk masak je kt rmh wlupun balik kerja sampai rmh dah 6 petang..

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. kalau masak lemak mesti ada ikan masin ataupun sambal belacan kan? sy pun x buat lg ayam masak lemak, anak ada 'pantun' hari tu nk mkn ayam masak lemak

    ReplyDelete
  4. mmg kalo masak lemak , ada ikan masin baru ngam

    ReplyDelete
  5. Ayam masak lemak rebung, sedapnya

    ReplyDelete
  6. betul2..
    nieyl pun sama belum rasa nak berbuka dekat luar..
    masih balik rumah masak untuk berbuka...

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan rebung. Arwah mak dulu selalu masak rebung dengan perut, buat masak lemak juga.

    ReplyDelete
  8. Gandingan mantap tu MLCA ayam dan rebung, ada plak pucuk paku goreng...pergh...confirm menambah nasi

    ReplyDelete